Monday, July 5, 2010

Latihan 3 ( Karangan Berita )

Sebagai wartawan di sebuah akhbar tempatan, anda diminta untuk menulis sebuah berita tentang Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tulis berita anda itu selengkapnya.

18 comments:

  1. ♥Syahira & Aisyah (2KRK1)♥

    Kuala Lumpur,Ahad- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjur program Minggu Penulis Remaja (MPR). Program tersebut bertujuan bagi melatih penulis remaja berbakat seluruh negara. Projek ‘anak angkat’ ini diilhamkan oleh beberapa pihak di DBP pada pertengahan 1980-an, termasuklah Datuk Johan Jaafar, En. Abdul Ahmad dan En. Ali Majod.

    Konsep itu diwakili oleh sebongkah kiub sebagai refleksi penulis generasi baru mengutamakan pemikiran kreatif dan kritikal sebagai penanda skala kreativiti mereka. Sementara imej mata pula refleksi sudut pendangan dunia yang lebih luas dan multi persepsi, mentafsir dan menterjemah realiti dalam banyak sudut pandangan dan tidak menyempitkan fikiran dalam suatu tempurung pemikiran saja.

    Seterusnya kombinasi kiub dan mata itu menampakkan hubungan simbiosis yang wujud dalam karya dan set mental pengkarya yang bernaung di bawah Kelab Alumni MPR ini. Penulis generasi baru tidak sahaja meminati dan mempraktikkan sastera saja tetapi juga beberapa cabang seni lain. Mereka juga percaya bahawa seni dan ilmu perlu disatukan guna memenuhi bentuk karya era baru.
    “Dalam program ini kita memberikan bimbingan yang lebih berkesan dan mantap melalui penyertaan beberapa penulis yang sudah dianggap tokoh.
    “Kita mengharapkan mereka yang dibimbing oleh mentor MPR ini dapat menghasilkan karya remaja dan kanak-kanak yang mantap dan bermutu.
    “Ini kerana kita masih ketandusan bahan bacaan untuk golongan tersebut walaupun terdapat permintaan terhadap sastera remaja,’’ katanya ketika ditemui di DBP Kuala Lumpur, baru-baru ini.
    Menurut Izzah, antara mentor yang dimaksudkan itu ialah Nisah Haron, Shamsuddin Othman dan Zaid Akhtar iaitu penulis muda yang karya mereka telah disiarkan di mana-mana majalah atau media cetak berbanding sebelum ini.


    (272 patah perkataan)

    ReplyDelete
  2. Penang,Jumaat-Pada tarikh 28/6/10 Dewan bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Minggu Penulis Remaja di Bayan Lepas,Pulau Pinang.Seramai 280 orang telah hadir ke majlis tersebut.Minggu penulis remaja tersebut diadakan pada pukul 8.00 pagi.
    Tetamu-tetamu terhormat dipanggil ke anjuran majlis tersebut.Dato Tun Najib merupakan tetamu terhormat untuk majlis tersebut.Pengerusi dewan bahasa dan pustaka amat gembira atas ke hadiran beliau.
    Beliau menyampaikan ucapan kepada semua tetamu yang hadir.Mjlis tersebut laku dengan bagus.
    Akhir kalam, Dewan bahasa dan pustaka mengadakan jamuan makan sebagai penutup untuk majlis tersebut.Sekian terima kasih.

    Hafizzudin & shahrizul

    2 krk 1

    ReplyDelete
  3. Disediakan oleh:imanina dan ayu.

    Kuala Lumpur,Khamis- Minggu Penulis Remaja (MPR) yang telah dimulakan sejak 1985. Program tahun ini akan diadakan di Golden Straits Villas Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dari 10 hingga 14 Disember dan di DBP Kuala Lumpur dari 14 hingga 16 Disember ini untuk membina penulis pelapis dikalangan generasi muda.
    Menurut Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA),Nur Aliesya Sofea , program itu diharap dapat melahirkan generasi pelapis baru dalam dunia penulisan setanding dengan penulis MPR sedia ada seperti Faisal Tehrani, Zaid Akhtar, Salina Ibrahim dan banyak lagi.
    “Dalam program ini kita memberikan bimbingan yang lebih berkesan dan mantap melalui penyertaan beberapa penulis yang sudah dianggap tokoh. “Kita mengharapkan mereka yang dibimbing oleh mentor MPR ini dapat menghasilkan karya remaja dan kanak-kanak yang mantap dan bermutu. “Ini kerana kita masih ketandusan bahan bacaan untuk golongan tersebut walaupun terdapat permintaan terhadap sastera remaja,’’ katanya ketika ditemui di DBP Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Menurut Aliesya, antara mentor yang dimaksudkan itu ialah Nur Aeleeya Safea, Muhammad Emier Affieq dan Muhammad Mierza Affief iaitu penulis muda yang karya mereka telah disiarkan di mana-mana majalah atau media cetak berbanding sebelum ini. Kita hanya mengambil sekitar 30 peserta yang terdiri daripada penulis-penulis muda berumur antara 17 hingga 20 tahun yang mempunyai bakat besar untuk berkarya dengan lebih baik,’’ tambah Aliesya.
    Menurutnya, pemilihan dibuat dengan teliti kerana DBP mahu memastikan peserta MPR itu akan menjadikan bidang penulisan sebagai satu bidang kerjaya yang serius. “Kerjaya sebagai penulis mempunyai masa depan yang baik kalau kita bersungguh-sungguh dan berdisiplin dalam berkarya,’’ katanya.Menurut Aliesya, MPR kali ini memberikan tumpuan kepada empat bidang penulisan iaitu penulisan novel, cerpen, puisi dan drama.
    Beliau juga berkata, DBP perlu melahirkan penulis remaja dan kanak-kanak dari semasa ke semasa.“Ini kerana ada penulis muda yang tidak aktif menulis apabila bekerja dan berumah tangga.“Oleh itu, DBP perlu membuat sesuatu dan mempertemukan mereka agar mereka diberikan semangat untuk terus berkarya,” jelasnya.Aliesya menambah, peserta MPR juga menikmati faedah kerana DBP akan menerbitkan karya mereka.
    Selain itu, mereka juga mendapat pendedahan untuk berbincang dengan penerbit bagi membolehkan karya mereka diterbit dan dipasarkan. Menurut beliau, program MPR telah terbukti sering diperkatakan kerana ia berjaya melahirkan penulis muda berkaliber bagi memenuhi keperluan bahan bacaan di kalangan remaja dan kanak-kanak. Antara mereka yang menempa nama ialah Muhammad Emier Affieq,Muhammad Mierza Affief dan Nur Aeleeya Safea.

    ReplyDelete
  4. Penang,Jumaat-Pada tarikh 28/6/10 Dewan bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Minggu Penulis Remaja di Bayan Lepas,Pulau Pinang.Seramai 280 orang telah hadir ke majlis tersebut.Minggu penulis remaja tersebut diadakan pada pukul 8.00 pagi

    Konsep itu diwakili oleh Saad sebagai refleksi penulis generasi baru mengutamakan pemikiran kreatif sebagai penanda kreativiti mereka. Sementara imej mata pula refleksi pendangan dunia yang lebih luas dan multi mentafsir dan menterjemah realiti dalam banyak sudut pandangan dan tidak menyempitkan fikiran dalam suatu pemikiran saja.

    Seterusnya kombinasi dan mata itu menampakkan hubungan yang wujud dalam karya dan set mental pengkarya yang bernaung di bawah Kelab Alumni MPR ini. Penulis generasi baru tidak sahaja meminati dan mempraktikkan sastera saja tetapi juga beberapa cabang seni lain. Mereka juga percaya bahawa seni dan ilmu perlu disatukan guna memenuhi bentuk karya era baru.
    “Dalam program ini kita memberikan bimbingan yang lebih berkesan dan mantap melalui penyertaan beberapa penulis yang sudah dianggap tokoh.
    ini.
    Akhir kalam, Dewan bahasa dan pustaka mengadakan jamuan makan sebagai penutup untuk majlis tersebut.Sekian terima kasih.

    Hafizzudin & shahrizul

    2 Krk1

    ReplyDelete
  5. NEGERI SEMBILAN,Sabtu-Dewan Bahasa dan Pustaka meneruskan program Minggu Penulis Remaja (MPR) yang telah dimulakan sejak 1985.Program tahun ini akan diadakan di Port Dickson,Negeri Sembilan dari 10 hingga 12 Disember.Ini untuk membina penulis pelapis di kalangan generasi muda.

    Menurut ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja. Program ini diharap dapat melahirkan generasi pelapis baru dalam dunia Penulis setanding dengan penulis MPR yang sedia ada.Dalam program ini kita memberikan bimbingan yang lebih berkesan dan mantap melalui penyertaan beberapa penulis yang sudah dianggap tokoh.

    Kita mengharapkan mereka yang bimbang oleh mentor MPR ini dapat mengahsilkan karya remaja dan kanak-kanak yang mantap dan bermutu. Ini kerana kita masih ketandusan bahan bacaan untuk golongan tersebut walaupun terdapat permintaan terhadap sastera remaja.

    Menurutnya,pemilihan dibuat dengan teliti kerana DBP mahu memastikan peserta MPR itu akan menjadikan bidang penulisan sebagai satu bidang kerjaya yang serius. Kerjaya sebagai penulis mempunyai masa depan yang baik kalau kita bersungguh-sungguh dan berdisiplin dalam berkarya. Beliau berkata, DBP perlu melahirkan penulis remaja dan kanak-kanak dari semasa ke semasa.

    Menurut beliau, program MPR telah terbukti sering diperkatakan kerana ia berjaya melahirkan penulis muda berkaliber bagi memenuhi keperluan bahan bacaan di kalangan remaja dan kanak-kanak. Ini kerana ada penulis muda yang tidak aktif menulis apabila bekerja dan berumah tangga.

    Sharmmila&Priya (2KrK1)

    ReplyDelete
  6. AIMAN&NORMAN –2krk1

    KUALA LUMPUR,Khamis- Sebanyak 150 remaja terlibat dalam Minggu Penulisan Remaja (MPR).Acara ini telah dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Acara ini berlangsung selama seminggu.
    Acara ini mendapat sambutan yang besar daripada golongan remaja dari seluruh Malaysia.Menteri Pelajaran turut hadir untuk merasmikan Minggu Penulisan Remaja.Menurut Ketua Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kesusteraan kanak-kanak dan remaja (PURNAMA),program ini diharap dapat melahirkan generasi penulis baru dalam dunia penulisan.
    Dalam program ini kita memberikan bimbingan yang lebih berkesan dan mantap melalui pernyertaan beberapa penulis yang dianggap tokoh. Mereka yang dibimbing oleh mentor MPR ini dapat menghasilkan karya remaja yang bermutu.Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan kerjaya penulisan mempunyai masa depan yang baik jika kita bersungguh-sungguh dan berdisiplin dalam karya.
    Jika remaja menghasilkan karya yang baik akan dicetak dalam mana-mana majalah atau akhbar.Pemilihan yang teliti dibuat dengan teliti oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kerana mereka mahu menjadikan remaja yang serius tentang karya penulisan yang boleh dianggap sebagai kerjaya.
    Selain itu mereka juga mendapat pendedahan untuk berbincang dengan penerbit bagi memasarkan hasil karya mereka di media masa dan di dalam akhbar.Program tersebut dikatakan berjaya menghasikan remaja yang berkarya tinggi bagi melahirkan penulis muda yang berkaliber bagi memenuhi bahan bacaan

    ReplyDelete
  7. Kuala Lumpur,Ahad-Pada tarikh 2.3.2010 Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Minggu Penulis Remaja di Gombak,Kuala Lumpur.Seramai 500 orang telah hadir dan kalangannya ialah ibubapa.
    Turut berada ialah Dato Najib Bin Abdul Razak sebagai tetamu terhormat.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang sudi datang ke sini pada hari ini.
    Akhir sekali,mereka mengadakan jamuan ringan sebagai acara penutup.

    Haikal 2KRK1

    ReplyDelete
  8. SYAADRIANA dan SABRINA


    PORT DICKSON-Khamis,Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sembilan telah menganjurkan Minggu Penulis Remaja (MPR) baru-baru ini di Golden Straits Villas Resort dari 10 hingga 14 Disember untuk membina penulis pelapis di kalangan generasi muda.

    Program ini telah mendapat sambutan yang memuaskan dan membanggakan dari kalangan remaja . Dalam program ini, para peserta diberikan bimbingan yang lebih berkesan dan mantap melalui penyertaan beberapa penulis yang sudah dianggap tokoh.
    Ramai tokoh-tokoh karyawan telah turut sama turun padang untuk meningkatkan bahan sastera Malaysia yang kini kian hilang di telan zaman.

    Selain itu,program ini juga bukan sahaja menganjurkan pertandingan menulis malahan ,pelbagai pameran sastera juga disediakan.Pelbagai lapisan masyarakat turut menjayakan program ini tidak kira tua ataupun muda.

    Di samping itu,Dewan Pustaka dan Bahasa turut mengadakan aktiviti Mentor-Protégé.Program ini secara tidak langsung dapat menarik minat ramai lagi remaja yang berminat dengan sastera.

    Orang ramai turut memberi komen tentang program ini.Masyarakt sebenarnya berharap agar program seperti ini dapat diadakan selalu untuk membimbing remaja yang berjaya.selain itu juga,aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah di kalangan remaja dapat dielakkan.

    Akhir sekali,Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka Negeri Sembilan menyatakan perasaan gembira kerana program yang dianjurkan mendapat sambutan yang mengalakkan dan mencapai matlamatnya.

    ReplyDelete
  9. Pulau Pangkor Ahad- Pada Hari 6\6\2666Dewan Bahasa Pustaka telah mengadakan minggu penulis remaja.Sebanyak lebih dari 1 orang telah hadir diantaranya ialah remaja dan para ibu-bapa.
    Minggu Penulis Remaja ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi . Orang ramai berpusun-pusun memenuhi majlis ini. Banyak tetamu kenamaan hadir. Majlis ini brmula mengikut kategori.
    Majlis ini berlangsung dengan sungguh meriah sekali. Pemenang pertandingan ini akan memiliki sebuah kereta Labourgini Galarrado.Manakala tempat kedua akan memiliki sebau motor Z-1000.
    Pertandingan ini sungguh sengit.Ramai peserta tersingkir pada pusingan pertama. Menurut Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA),Sarah Anuar , program itu diharap dapat melahirkan generasi pelapis baru dalam dunia penulisan setanding dengan penulis MPR sedia ada.
    Penulis muda yang karya mereka telah disiarkan di mana-mana majalah atau media cetak berbanding sebelum ini. Kita hanya mengambil sekitar 50 peserta yang terdiri daripada penulis-penulis muda berumur antara 14 hingga 20 tahun yang mempunyai bakat besar untuk berkarya dengan lebih baik.
    IQBAL,FAIZ,MUHAMMAD,MURSHEIQ

    ReplyDelete
  10. KUALA LUMPUR,Isnin-Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Minggu
    Penulis Remaja (MPR) di DBP Kuala Lumpur dari 14 hingga 16 Disember ini. untuk membina penulis pelapis di kalangan generasi muda.

    Menurut Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA), Izzah Abdul Aziz,program ini dapat melahirkan generasi muda yang boleh diharapkan untuk membimbing kita pada suatu hari nanti.

    Dalam program ini,memberi mereka bimbingan yang mantap dan berkesan kepada remaja yang menyertai program Minggu Penulis Remaja(MPR) tersebut.

    Menurut Izzah,kesemua remaja dibahagiokan ke beberapa kumpulan dan diberi satu mentor setiap kumpulan.Ada juga mentor yang terkenal contohnya Nisah Haron, Shamsuddin Othman dan Zaid Akhtar.Setiap kumpulan mempunyai 30 ahli.Terdapat sejumlah 10 kumpulan iaitu 300 orang. Peserta yang terdiri daripada penulis-penulis muda berumur antara 17 hingga 20 tahun yang mempunyai bakat besar untuk berkarya dengan lebih baik.

    Beliau berkata, MPR perlu melahirkan penulis remaja dan kanak-kanak dari semasa ke semasa.Kesemua kumpulan dibawa berjumpa dengan Pengarah Dewan Bahasa dan Pusaka.Untuk memberi sedikit taklimat,dan nasihat agar kesemua peserta meneruskan usaha dan tidak mudah putus asa walaupun mengharungi pelbagai ringtangan.

    Amirul dan Quah

    ReplyDelete
  11. PULAU PINANG, Isnin- Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Minggu Penulis Remaja bersempena dengan ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka yang ke-96. Program ini diadakan di Dewan Melineum, Kepala Batas.

    Program ini terdiri daripada10 buah sekolah yang disertai oleh seluruh negeri. Antaranya ialah, sekolah menengah dari negeri Kedah, Perak, Perlis, Pahang, Melaka,dan Selangor. Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelajar.

    Tujuan program ini diadakan supaya melahirkan pelajar yang berkualiti dan mengisi masa lapang pelajar dengan pekara yang berfaedah. Program ini dijalankan selama 2 minggu. Bermula pada 5.6.2010- 19.6.2010.

    Menteri Pelajaran Pulau Pinang telah merasmikan program Minggu Penulis Remaja dengan jayanya. Beliau telah memberi ucapan pembuka kata dan kata-kata semangat kepada peserta.

    Program ini dapat mengasah bakat pelajar untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan cemerlang di masa akan datang.

    Syamimi dan Najwa 2KRK1

    ReplyDelete
  12. Syahira Shafie & Atikah 2KRK 1



    PERLIS,JUMAAT-Minggu Penulis Remaja(MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah diadakan pada minggu lalu. Bermula dari 5-11 Julai 2010.

    Anjuran tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dari ramai pihak, terutama sekali golongan remaja. Pihak yang lain juga turut memberi sokongan kepada pihak anjuran.

    Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diadakan.Antaranya ialah seperti mengarang karangan, membuat puisi, mereka pantun dan pelbagai jenis aktiviti lagi. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti mengarang karangan dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan lagi kreativiti seseorang itu.

    Pemenang dapat membawa pulang sebuah buku edisi terhad terbitan Prima. Bukan sahaja sebuah buku, pemenang juga dapat membawa pulang ilmu yang begitu berharga dan tiada nilainya.

    Anjuran ini telah berjaya membuka mata ramai golongan bahawa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Ilmu juga dapat membantu kita untuk terus maju kehadapan dan dapat membangkitkan Negara. Bak kata pepetah ‘ilmu itu jambatan hidup’.

    ReplyDelete
  13. Kuala Lumpur,Ahad-Pada tarikh 2.3.2010 Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Minggu Penulis Remaja di Gombak,Kuala Lumpur.Seramai 500 orang telah hadir dan kalangannya ialah ibubapa.
    Turut berada ialah Dato Najib Bin Abdul Razak sebagai tetamu terhormat.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang sudi datang ke sini pada hari ini.
    Ramai tokoh-tokoh karyawan telah turut sama turun padang untuk meningkatkan bahan sastera Malaysia yang kini kian hilang di telan zaman.
    Selain itu,program ini juga bukan sahaja menganjurkan pertandingan menulis malahan ,pelbagai pameran sastera juga disediakan.Pelbagai lapisan masyarakat turut menjayakan program ini tidak kira tua ataupun muda.
    Akhir kalam, Dewan bahasa dan pustaka mengadakan jamuan makan sebagai penutup untuk majlis tersebut.Sekian terima kasih.

    HAIKAL 2KRK1

    ReplyDelete
  14. DANIAL MAHDI punya karangan
    Perak,Jumaat- Seramai 80 remaja terlibat dalam Minggu Penulisan Remaja.Acara ini telah dianjurkan oleh Pihak Sekolah,PIBG dan Pustakaan.Majlis ini berlangsung selama 2 minggu.
    Majlis ini mendapat sambutan yang hangat dari golongan remaja dari seluruh Perak.Menteri Pelajaran Perak turut datang untuk merasmikan Minggu Penulisan Remaja.Menurut Penolong Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kesusteraan kanak-kanak dan remaja ,program ini diharap dapat melahirkan penulis- penulis baru dalam dunia.
    Dalam program ini kita memberikan didikan yang lebih berkesan dan kuat melalui pernyertaan beberapa penulis yang dianggap tokoh. Mereka yang dibimbing oleh mentor MPR ini dapat menghasilkan remaja yang bermutu.Pihak Sekolah dan Pustaka menyatakan kerja penulisan mempunyai masa depan yang cerah jika kita bersungguh dan berdisiplin dalam penulisan
    Jika remaja mencipta penulisan yang baik akan dicetak dalam mana-mana majalah atau akhbar.Pemilihan yang teliti dibuat dengan teliti oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kerana mereka mahu menjadikan remaja yang serius tentang karya penulisan yang boleh dianggap sebagai kerjaya.
    Selain itu mereka juga mendapat pendedahan untuk berbincang dengan penerbit bagi memasarkan hasil karya mereka di media masa dan di dalam akhbar.Program tersebut dikatakan berjaya menghasikan remaja yang berkarya tinggi bagi melahirkan penulis muda yang berkaliber bagi memenuhi bahan bacaan

    ReplyDelete
  15. (Veenessh n Mursheiq)
    Pinang,Sabtu-Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjur program Minggu Penulis Remaja (MPR). Program tersebut bertujuan bagi melatih penulis remaja berbakat seluruh negara. Projek ‘anak angkat’ ini diilhamkan oleh beberapa pihak di DBP pada pertengahan 1970-an, termasuklah Datuk Johan Jaafar, En. Abdul Ahmad dan En. Ali Majod.

    Menurut Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA), Izzah Abdul Anuar, program itu diharap dapat melahirkan generasi pelapis baru dalam dunia penulisan setanding dengan penulis MPR sedia ada seperti Faisal Saidi, Zaid Latiff, Salina Ibrahim dan banyak lagi.
    “Dalam program ini kita memberikan bimbingan yang lebih berkesan dan mantap melalui penyertaan beberapa penulis yang sudah dianggap tokoh.
    “Kita mengharapkan mereka yang dibimbing oleh mentor MPR ini dapat menghasilkan karya remaja dan kanak-kanak yang mantap dan bermutu.
    “Ini kerana kita masih ketandusan bahan bacaan untuk golongan tersebut walaupun terdapat permintaan terhadap sastera remaja,’’ katanya ketika ditemui di DBP Kuala Lumpur, baru-baru ini.
    Menurut Izzah, antara mentor yang dimaksudkan itu ialah Nisah Haron, Shamsuddin Othman dan Zaid Akhtar iaitu penulis muda yang karya mereka telah disiarkan di mana-mana majalah atau media cetak berbanding sebelum ini.
    “Kita hanya mengambil sekitar 30 peserta yang terdiri daripada penulis-penulis muda berumur antara 17 hingga 20 tahun yang mempunyai bakat besar untuk berkarya dengan lebih baik,’’ tambah Izzah.
    Menurutnya, pemilihan dibuat dengan teliti kerana DBP mahu memastikan peserta MPR itu akan menjadikan bidang penulisan sebagai satu bidang kerjaya yang serius.
    “Kerjaya sebagai penulis mempunyai masa depan yang baik kalau kita bersungguh-sungguh dan berdisiplin dalam berkarya,’’ katanya.
    Menurut Izzah, MPR kali ini memberikan tumpuan kepada empat bidang penulisan iaitu penulisan novel, cerpen, puisi dan drama.
    Beliau berkata, DBP perlu melahirkan penulis remaja dan kanak-kanak dari semasa ke semasa.
    “Ini kerana ada penulis muda yang tidak aktif menulis apabila bekerja dan berumah tangga.
    “Oleh itu, DBP perlu membuat sesuatu dan mempertemukan mereka agar mereka diberikan semangat untuk terus berkarya,” jelasnya.
    Izzah menambah, peserta MPR juga menikmati faedah kerana DBP akan menerbitkan karya mereka.
    Selain itu, mereka juga mendapat pendedahan untuk berbincang dengan penerbit bagi membolehkan karya mereka diterbit dan dipasarkan.
    Menurut beliau, program MPR telah terbukti sering diperkatakan kerana ia berjaya melahirkan penulis muda berkaliber bagi memenuhi keperluan bahan bacaan di kalangan remaja dan kanak-kanak.
    Antara mereka yang menempa nama ialah Shamsuddin Othman, Uthaya Sankar SB, Lily Haslina Nasir, Zaen Kasturi, Rahimidin Zahari, Ani Mawar, Hizairi Othman, Nisah Harun dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  16. NABIL & FAQRUL 2KRK1

    PULAU PINANG ,Rabu- Sebuah program sempena menyambut hari penulis remaja telah dianjurkan oleh semua sekolah Negeri Pulau Pinang. Kesemua pihak ibu bapa digalakkan hadir ke sambutan tersebut. Menteri Pulau Pinang dengan hormatnya sanggup melawat kesemua sekolah yang terdapat di Pulau Pinang.

    Pelbagai pertandingan telah dianjurkan demi menambahkan kemeriahan hari tersebut. Antara pertandaingan yang dianjurkan sempena Minggu Penulis Remaja (MPR) ialah seperti menulis novel, menulis karangan mengikut masa yang ditetapkan , dan sebagainya.

    Selain itu , terdapat beberapa bekas pelajar hadir dan memberi teknik dan cara untuk menulis karangan yang baik dan cara yang betul .Dari situ murid dapat mengetahui teknik menulis karangan dengan betul.

    Terdapat pameran mengenai penulis-penulis novel sempena minggu tersebut.Beberapa ibu bapa yang mengunjungi pameran tersebut dan mereka menyatakan bahawa meraka “Sepatutnya Minggu Penulis Remaja diadakan setiap tahun ,”kata beberapa ibu bapa yang hadir pada hari tersebut.

    Kesemua remaja dan ibu bapa berasa gembira sempena hari tersebut.Sambutan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang menyertai petandingan yang dianjurkan.

    ReplyDelete
  17. Kuala Lumpur, Ahad-DEWAN Bahasa dan Pustaka meneruskan program Minggu Penulis Remaja yang telah dimulakan sejak 1985. Program tahun ini akan diadakan di Golden Straits Villas Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dari 10 hingga 14 Disember dan di DBP Kuala Lumpur dari 14 hingga 16 Disember ini untuk membina penulis pelapis di kalangan generasi muda dan mencungkil bakat pada diri seseorang itu.

    Tujuan program ini berlangung ialah untuk memantapkan penulisan seseorang itu dan menambah ilmu pengetahuan. Seramai 200 orang yang mengikuti minggu penulis remaja ini.Ramai tokoh-tokoh yang terkenal hadir untuk memberi semangat kepada peserta minggu penulis remaja ini.

    Ramai pengunjung yang datang ke minggu penulis remaja ini. Perdana menteri juga turut hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

    Selain itu, terdapat juga pameran satera di kompleks itu.ramai pengunjung berharap agar program seperti ini diadakan selalu.

    Akhir sekali,Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka Negeri Sembilan menyatakan perasaan gembira kerana program yang dianjurkan mendapat sambutan yang mengalakkan dan mencapai matlamatnya kerana orang yang mengikuti program terseut amat memberangsangkan.

    Zulhatin Dan Amir

    ReplyDelete
  18. ~Sakina Dan Amirah~


    NEGERI SEMBILAN,Ahad-Minggu Penulis Remaja (MPR) 2006 kali ke-21 yang berlangsung pada 10 hingga 16 Disember di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur dengan tema “Penjana Kreativiti Remaja” berjaya memberikan pendedah-an kepada penulis muda untuk meningkatkan kemahiran dalam penulisan kreatif di samping membina generasi pelapis dalam negara.

    MPR anjuran Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), DBP buat pertama kalinya melaksanakan bengkel penulisan menggunakan kaedah mentor-protegee. Melalui kaedah ini mentor yang terdiri daripada mantan peserta MPR akan membimbing sekumpulan kecil peserta mengikut kecen-derungan masing-masing. Mentor MPR kali ini terdiri daripa¬da Shamsuddin Othman, Nisah Haron, Zaid Akhtar, Siti Raihani Mohamed Saaid dan Lutfi Ishak.

    Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Datuk Dr. Firdaus Abdullah menyatakan bahawa penulisan kreatif berperanan untuk meningkatkan kemanusiaan dalam diri insan. Calon-calon penulis juga perlu peka dan prihatin dengan masalah sosial serta ke-tempangan yang berlaku dalam masyarakat.

    Selain itu, beliau berharap agar para peserta yang telah dipi¬lih menyertai program ini akan menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk membentuk diri menjadi penulis yang lebih baik serta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran tentang teknik penulisan dan penerbitan. Selain diberikan bimbingan oleh mentor, para peserta juga berpeluang meningkatkan kema¬hiran melalui perkongsian ilmu oleh penceramah undangan seper¬ti Sasterawan Negara, S. Othman Kelantan, tokoh penerima SEA Write Award, Abdul Ghafar Ibrahim, Dr. Teo Kok Seong, Ahmad Patria Abdullah dan pakar motivasi, Dr. Robiah Kulop Hamzah.

    Mereka juga berpeluang mendekati karyawan DBP sen-diri melalui lawatan ke Bahagian Majalah, Bahagian Penerbitan Sastera serta PURNAMA. Seramai 22 orang peserta ber-usia 17-21 tahun dan hanya yang telah menghasilkan karya dalam pelbagai media massa dipilih menyertai MPR kali ini.

    Minggu Penulis Remaja (MPR) yang berlangsung sejak 21 tahun lalu ini terbukti ber¬jaya melahirkan nama-nama besar dalam dunia kesusasteraan tanah air seperti Zaen Kasturi, Faisal Tehrani, Ahmad Patria Abdullah, Shamsuddin Othman, Uthaya Sankar SB, Nisah Haron dan ramai lagi penulis-penulis generasi baharu.

    ReplyDelete