Monday, July 5, 2010

Latihan 1 ( Karangan Berita )

Suatu kejadian tanah runtuh telah meragut enam nyawa di kawasan lereng bukit. Sebagai pemberita, anda diminta membuat liputan tentang kejadian tersebut untuk disiarkan dalam akhbar. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata.

15 comments:

  1. Bukit Antarabangsa,Isnin-Anggota Pertahanan Awam dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melihat tebing yang runtuh di kawasan parkir antara Perpustakaan awam dan kompleks membeli-nelah, Pavillion di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
    Pasukan penyelamat menemui enam mayat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Jalan Bukit Bintang, Selangor setakat ini. Mayat tersebut ditemui lewat petang ini. Manakala 15 cedera dalam kejadian pada jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Jalan Bukit Bintang tertimbus.
    Pada jam 4.45 petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Yusof berkata, pihak penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh.
    Katanya, pasukan penyelamat baru mengesan empat mangsa tertimbus melalui peralatan yang digunakan. Menurutnya, ekoran hujan yang turun, keadaan tanah di situ tidak begitu stabil.

    Ditanya mengenai empat mangsa yang dikesan itu, Yusof berkata, berdasarkan petunjuk dari peralatan yang digunakan, mereka dipercayai masih hidup.Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran masa yang akan diambil untuk menyelamat mereka.
    Beliau juga berkata, penduduk di situ juga diarahkan mengosongkan apartmen di belakang kawasan tanah runtuh itu. "Mereka boleh mendapat perlindungan sementara di Sekolah Kebangsaan Bukit Bintang. Tempat tidur dan makan minum disediakan di sana," katanya.
    Mohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ.



    (271 Patah Perkataan)
    (Imanina & Aisyah 2krk1)

    ReplyDelete
  2. Selangor, Ahad- Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Bukit Antarabangsa berhampiran dengan jalan keluar ke Lebuh Raya Gombak. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.00 petang.
    Tanah dan batu-batan yang runtuh itu telah menutupi sebahagian besar jalan keluar ke lebuh raya.Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan bahawa kejadian itu berpunca daripada hujan yang berlarutan selama 3 hari ,ini mengakibatkan tanah terhakis dan berlaku tanah runtuh.
    Menurut pegawai JKR yang bertugas di tempat kejadian, seramai 3 orang dikhuatiri meninggal dunia berdasarkan maklumat dari keluarga masing-masing. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat SMART masih meneruskan kerja-kerja pencarian mereka.
    Seramai lebih kurang 6 nyawa telah terkorban kerana jalan yang mengubungkan taman itu tertimbus. Pihak polis mengawal tempat runtuhan dan pihak tentera membuat laluan alternatif. Kerja-kerja memunggah tanah-tanah berjalan sepanjang masa. Menteri Besar Selangor, menjangkakan jalan akan boleh digunakan selepas 3 minggu.
    Mangsa-mangsa yang terkorban dibedah siasat. Sementara ada juga mangsa yang menumpang di rumah saudara rapat mereka. Pihak kerajaan Negeri Selangor menawarkan pakej bayaran separuh harga untuk keluarga yang ingin tinggal di Hotel Hard Rock.
    Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci. Berikutan dengan kejadian itu, semua projek yang melibatkan pembangunan di lereng-lereng bukit dihentikan serta merta.

    ReplyDelete
  3. Pulau Pinang, Ahad - Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Bukit Mertajam
    berhampiran dengan jalan keluar ke Lebuh Raya Ulu Kelang. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi.
    Tanah dan batu-batan yang runtuh itu telah menutupi sebahagian besar jalan keluar ke lebuh raya. Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)melaporkanh bahawa kejadian itu berpunca daripada pergerakan bawah tanah akibat hujan berterusan sejak seminggu yang lalu.
    Menurut pegawai MPAJ yang bertugas di tempat kejadian, seramai 3 orang dikhuatiri meninggal dunia berdasarkan maklumat dari keluarga masing-masing. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat SMART masih meneruskan kerja-kerja pencarian mereka.
    Seramai lebih kurang 6000 penduduk terperangkap kerana jalan yang mengubungkan taman itu tertimbus. Pihak polis mengawal tempat runtuhan dan pihak tentera membuat laluan alternatif. Kerja-kerja memunggah tanah-tanah berjalan sepanjang masa. Menteri Besar Selangor, menjangkakan jalan akan boleh digunakan selepas 3 minggu.
    Mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Kelang. Sementara ada juga mangsa yang menumpang di rumah saudara rapat mereka. Pihak kerajaan Negeri Selangor menawarkan pakej bayaran separuh harga untuk keluarga yang ingin tinggal di Hotel De Palma, Ampang.
    Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci. Berikutan dengan kejadian itu, semua projek yang melibatkan pembangunan di lereng-lereng bukit dihentikan serta merta

    MUHD HAFIZUDDIN & Shahrizul 2 KRK 1

    ReplyDelete
  4. Syahira dan Syaadriana (2krk1)

    BUKIT ANTARABANGSA,Khamis-Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lereng bukit berdekatan dengan Bukit Antarabangsa. Kejadian berlaku akibat hujan lebat dan ketandusan tanah yang semakin membimbangkan.

    Kejadian ngeri ini telah meragut enam nyawa yang sedang melalui jalan di lereng bukit tersebut.Orang awam yang melalui jalan tersebut selepas kejadian telah segera melaporkannya kepada pihak polis,pihak bomba,dan pihak hospital.

    Menurut saksi kejadian,salah sebuah kereta mangsa telah terbabas sewaktu kejadian tanah runtuh itu berlaku dan diikuti dua buah kereta lain.Mangsa-mangsa yang terlibat ialah dua orang lelaki,tiga orang perempuan ,dan seorang kanak-kanak lelaki.
    Tiga daripada mangsa telah meninggal di tempat kejadian manakala tiga lagi dalam perjalanan ke hospital kerana mengalami kecedeaan yang sirius di kepala akibat ditimpa batu tanah runtuh.

    Kejadian ini berlaku ketika umat islam sedang menunaikan solat isyak kira-kira jam 9.00 malam. Jalan di lereng bukit itu juga sebenarnya gelap kerana tidak disinari cahaya lampu..

    Ketua Polis Selangor,Datuk Khalid yang menyiasat kejadian ini juga menyatakan bahawa kejadian ini juga berlaku pembalakan haram di Bukit Antarabangsa yang secara tidak langsung menyebabkan tanah tidak dapat menampung air hujan lalu runtuh.

    Akhir sekali , pihak polis mengatakan agar pihak kerajaan dapat menyelengara jalan tersebut dengan segera agar kejadian tidak diingini berulang kembali

    ReplyDelete
  5. AIMAN&NORMAN 2KRK1

    BUKIT MERTAJAM,Jumaat- Satu kejadian ngeri yang telah berlaku di kawasan lereng bukit .Kejadian tersebut berlaku pada waktu tengah hari .Kejadian tersebut telah mengemparkan seluruh penduduk di kawasan Bukit Mertajam.
    Menurut pihak bomba dan penyelamat,kejadian tersebut telah meragut enam nyawa .Antara nama – nama mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh ialah Quah Sin Soon,14 Ah Hoo,14 Veenesh,13 Mutusami,15 Ahmad,15 Shah,14.Ahli keluarga mangsa berasa sangat sedih atas kematian anak-anak mereka.
    Menurut ketua bomba dan penyelamat,Encik Tajudin Khamis Bin Jumaat telah menyatakan bahawa ini adalah kejadian yang pertama belaku di kawasan Bukit Mertajam .Kejadian ini berlaku akibat daripada hakisan tanah .
    Menurut kata saksi mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya . Saksi tidak sempat memberi amaran kepada mangsa kerana saksi tidak menyangka kejadian buruk itu berlaku kepada mangsa.
    Pihak bomba dan penyelamat telah berjaya mengeluarkan mayat mangsa daripada runtuhan tersebut.Masa yang diambil oleh bomba dan penyelamat adalah kira-kira empat jam.
    Bomba dan penyelamat telah menyediakan benteng untuk mengelakkan ngeri ini berlaku sekali lagi.Kejadian ini telah menyedarkan seluruh penduduk di kawasan Bukit Mertajam agar berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Selangor, Ahad- Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Bukit Antarabangsa berhampiran dengan jalan keluar ke Lebuh Raya Gombak. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.00 petang.
    Tanah dan batu-batan yang runtuh itu telah menutupi sebahagian besar jalan keluar ke lebuh raya.Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan bahawa kejadian itu berpunca daripada hujan yang berlarutan selama 3 hari ,ini mengakibatkan tanah terhakis dan berlaku tanah runtuh.
    Menurut pegawai JKR yang bertugas di tempat kejadian, seramai 3 orang dikhuatiri meninggal dunia berdasarkan maklumat dari keluarga masing-masing. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat SMART masih meneruskan kerja-kerja pencarian mereka.
    Seramai lebih kurang 6 nyawa telah terkorban kerana jalan yang mengubungkan taman itu tertimbus. Pihak polis mengawal tempat runtuhan dan pihak tentera membuat laluan alternatif. Kerja-kerja memunggah tanah-tanah berjalan sepanjang masa. Menteri Besar Selangor, menjangkakan jalan akan boleh digunakan selepas 3 minggu.
    Mangsa-mangsa yang terkorban dibedah siasat. Sementara ada juga mangsa yang menumpang di rumah saudara rapat mereka. Pihak kerajaan Negeri Selangor menawarkan pakej bayaran separuh harga untuk keluarga yang ingin tinggal di Hotel Hard Rock.
    Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci. Berikutan dengan kejadian itu, semua projek yang melibatkan pembangunan di lereng-lereng bukit dihentikan serta merta.

    iqbal, haikal 2krk1

    ReplyDelete
  7. Sharmmila,Priya

    PULAU PINANG,Khamis- Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan lereng bukit iatu di,Bukit Jambul.Kejadian ini telah meragut enam nyawa yang tidak boleh dinilaikan.

    Pengarahnya, Abdul Rashid berkata, bahawa penduduk sekitar Bukit Jambul dalam keadaan bahaya kemarin pada pukul 5.30 petang.Pengarahnya talah memberikan pertolongan kecemasan.

    Kita mestilah berjaga-jaga semasa berlaku tanah runtuh. Sebagai masyarakat kita mestilah jaga-jaga dan berhati-hati. Kita juga patutlah memberi tumpuan dan mendengar berita setiap hari supaya kita mendapat tahu bahawa apa yang berjadi di dunia.

    ReplyDelete
  8. NABIL & FAQRUL 2 KRK 1
    Perak, Jumaat - Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Bukit Antarabangsa berhampiran dengan jalan keluar ke Lebuh Raya Perak. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi.
    Tanah dan batu-batan yang runtuh itu telah menutupi sebahagian besar jalan keluar ke lebuh raya. Pihak Majlis Perbandaran Perak (MPP)melaporkanh bahawa kejadian itu berpunca daripada pergerakan bawah tanah akibat hujan berterusan sejak seminggu yang lalu.
    Menurut pegawai MPP yang bertugas di tempat kejadian, seramai 5 orang dikhuatiri meninggal dunia berdasarkan maklumat dari keluarga masing-masing. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat SMART masih meneruskan kerja-kerja pencarian mereka.
    Seramai lebih kurang 453 penduduk terperangkap kerana jalan yang mengubungkan taman itu tertimbus. Pihak polis mengawal tempat runtuhan dan pihak tentera membuat laluan alternatif. Kerja-kerja memunggah tanah-tanah berjalan sepanjang masa. Menteri Besar Perak, menjangkakan jalan akan boleh digunakan selepas 3 minggu.
    Mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perak. Sementara ada juga mangsa yang menumpang di rumah saudara rapat mereka. Pihak kerajaan Negeri Perak menawarkan pakej bayaran separuh harga untuk keluarga yang ingin tinggal di Hotel De Palma, Perak.
    Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci. Berikutan dengan kejadian itu, semua projek yang melibatkan pembangunan di lereng-lereng bukit dihentikan serta merta.

    ReplyDelete
  9. Suatu kejadian tanah runtuh telah meragut enam nyawa di lereng bukit . Sebagai pemberita , anda diminta membuat liputan tentang kejadian tersebut untuk disiarkan di dalam akhbar . Panjang karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

    Atikah & Syahira 2krk1

    KUALA LUMPUR,Sabtu- Suatu kejadian tanah runtuh telah meragut enam nyawa di lereng Bukit Bintang. Kejadian ini telah menyebabkan perumahan dikawasan itu musnah. Pembinaan bangunan yang dilakukan berhampiran tempat kejadian akan ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

    Menurut saksi yang melihat kejadian tersebut, tanah runtuh itu berlaku akibat hakisan tanah yang ditandus untuk membuat pembangunan. Tanah runtuh itu telah menyebabkan banyak harta benda awam musnah.

    Kejadian tersebut berlaku pada jam 4:34 petang. pihak ramai yang berada di situ menghubungi pihak polis dan ambulans. Tidak lama kemudian, polis dan ambulans pun tiba di tempat kejadian. Pihak polis cuba mengawal keadaan saksi yang melihat kejadian tersebut. Ambulans yang datang sedang berusaha mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tersebut.

    Pihak polis berusaha untuk mencari mangsa yang terkorban.Setelah semua magsa ditemui, pihak ambulans segera membawa mereka ke hospital.Pihak atasan telah menjanjikan tempat tinggal yang baru kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh.

    Kejadian tersebut akan disiasat dengan lebih terperinci lagi. Mangsa-mangsa yang terselamat akan ditemubual untuk mengetahui tentang kejadian tersebut bagi membantu pihak polis untuk melakukan penyiasatan.

    (188 patah perkataan )

    ReplyDelete
  10. DANIAL MAHDI punya karangan
    Perak, Ahad- Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Bukit Aman berhampiran dengan jalan keluar ke Lebuh Raya Utara Selatan. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.00 malam.
    Tanah sdan batu-batan yang jatuh itu telah meliputi bahagian besar jalan keluar ke lebuh raya.Jabatan Kerja Raya melaporkan bahawa kejadian itu berlaku akibat hujan yang tidak berhenti selama 7 hari ,ini mengakibatkan berlakunya tanah runtuh.
    Menurut pegawai JKR yang bekerja di tempat kejadian, seramai 17 orang dipercayai meninggal dunia berdasarkan maklumat daripada keluarga masing-masing. Sampai sekarang, pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan kerja-kerja pencarian mereka.
    Seramai lebih kurang 14 nyawa telah terkorban kerana jalan yang dijalani itu tertimbus. Pihak polis mengawal tempat runtuhan dan pihak tentera membuat laluan pembersihan. Kerja-kerja mengorek tanah-tanah berjalan sepanjang masa. Menteri Besar Perak, menjangkakan jalan raya akan boleh digunakan selepas 2 bulan.
    Mangsa yang terkorban dibedah siasat. Sementara ada juga mangsa yang menumpang di rumah kawan kawan dan saudara rapat mereka. Pihak kerajaan Negeri perak menawarkan diskaun bayaran separuh harga untuk keluarga yang ingin tinggal di Hotel Bahgia Skali.
    1 jawatankuasa siasatan akan dibuat untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih jelas. Berikutan dengan kemalangan itu, semua kerja khusus yang melibatkan pembangunan di sekeliling bukit dihentikan serta merta.

    ReplyDelete
  11. Zulhatin Dan Amir


    KUALA KANGSAR, Ahad – Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan lereng bukit yang berdekatan dengan kawasan perumahan Bukit Indah. Bencana ini adalah yang terburuk sekali pada tahun ini.

    Kejadian tersebut telah meragut enam nyawa, iaitu tiga lelaki, dua perempuan dan seorang bayi perempuan. Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada penghuni-penghuni perumahan itu.

    Kejadian ini beralaku pada pukul 4.50 pagi Ahad. Pada waktu itu hujan turun dengan lebat sekali. Beberapa rumah telah musnah akibat daripada tanah runtuh tersebut .

    Punca kejadian tanah runtuh ini berlaku akibat daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab yang menebang hutan secara haram di Kuala Kangsar .

    Ramai orang yang memberi sumbangan kepada mangsa tanah runtuh. Ahli Parlimen Kuala Kangsar juga turut hadir untuk meninjau kawasan perumahan tersebut .

    ReplyDelete
  12. VEENESSH N MURSHEIQ
    IPOH, Khamis- Satu kejadian tanah runtuh telah meragut 6 nyawa di kawasan lereng bukit.Kemalangan ini jadi kerana tempat itu terlalu berbukit bukau.

    Dalam kemalangan ini,beberapa orang telah diselamatkan tetapi 6 orang telah meninggal dunia akibat kemalangan ini.Ramai orang telah mengalami cedera parah.

    Sebab kejadian tanah runtuh,beberapa rumah telah hancur dan musnah. Ramai orang telah mangsa dalam kemalangan ini.Pasukan penyelamat menemui enam mayat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di kawasan jalan bukit Pinang Dua Batang setakat ini.

    Mayat tersebut ditemui lewat petang ini. Manakala 10 cedera dalam kejadian pada jam 2.30 pagi tadi yang menyebabkan 7 banglo di Taman Bukit Pinang Dua Batang dan Taman Tun Sameon.

    Pihak polis mengawal tempat runtuhan dan pihak tentera membuat laluan alternatif. Kerja-kerja memunggah tanah-tanah berjalan sepanjang masa. Menteri Besar Perak, menjangkakan jalan akan boleh digunakan selepas 3 minggu.

    Mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Kelang. Sementara ada juga mangsa yang menumpang di rumah saudara rapat mereka. Pihak kerajaan Negeri Perak menawarkan pakej bayaran separuh harga untuk keluarga yang ingin tinggal di Hotel De Rossi, Ipoh..
    Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci. Berikutan dengan kejadian itu, semua projek yang melibatkan pembangunan di lereng-lereng bukit dihentikan serta merta

    ReplyDelete
  13. GELUGOR, Selasa- Suatu kejadian tanah runtuh telah meragut enam nyawa di lereng Bukit Gambir dan seramai 20 orang telah cedera parah. Perumahan yang berada berdekatan dengan lereng bukit itu juga musnah.

    Pihak polis datang untuk mengenal pasti punca sebenar tanah runtuh. Pegawai kanan polis, Encik Md. Awang Din berkata kejadian ini berpunca daripada hakisan tanah yang disebabkan oleh pembinaan rumah yang tidak terancang.

    Kejadian ini berlaku di sekitar kawasan perumahan berdekatan dengan Bukit Gambir. Terdapat beberapa deretan rumah yang musnah sepenuhnya. Saksi kejadian berkata ia belaku sekitar waktu 6 petang.

    Kejadian ini meragut 6 nyawa dan 20 orang tercedera dan beberapa orang kehilangan rumah akibat kejadian ini. Pihak bomba telah datang untuk membantu orang yang tertimbus dalam tanah runtuh.

    Pihak kerajaan menasihatkan supaya pembinaan rumah di lereng bukit dijalankan secara terancang supaya kejadian tanah runtuh ini tidak runtuh lagi.

    Aslinda, Najwa dan Syamimi 2KRK1

    ReplyDelete
  14. Disediakan oleh:ayu.



    KLANG,Isnin- Sebuah kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan 6 maut dan empat orang yang dipercayai masih lagi dalam pencarian di kawasan tersebut.
    Pasukan penyelamat yang terdiri daripada 20 orang telah turun ke lawasan lereng bukit
    Untuk mencari mangsa yang hilang.

    Menurut saksi kejadian, Ahmad Shukri, 23, telah melihat kejadian itu yang berlaku dalam sekelip mata. Kejadian itu juga telah menyebabkan kerosakkan pada lereng-lereng jalan dan memusnahkan kediaman-kediamanpenduduk yang menetap disitu.
    Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang telah turun ke padang untuk melihat kejadian yang sebenarnya.Beliau berkata supaya semua projek-projek di lereng bukit itu dihentikan dengan serta-merta.

    Selain itu, kejadian tanah untuh juga telah memusnahkan cawangan kabel elektrik disepanjang jalan itu.Kejadian juga turut berlarutan sehingga ke rumah kediaman Gabenor Klang. Rumah beliau juga turut musnah dibahagian belakang kerana bumbung rumahnya ditimpa oleh sebuah pokok besar yang berada diatas bukir tersebut.

    Pihak polis Klang juga berkata bahawa kejadian ini berlaku kerana terlalu banyak sangat kerja pembinaan diatas bukit dan menyebabkan cengkaman pokok pada tanah semakin berkurangan. Pihak polis juga akan terus menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa yang hilang.

    ReplyDelete
  15. Sakina Dan Amirah


    BUKIT ANTARABANGSA,Sabtu-Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan lereng bukit yang berhampiran kawasan perumahan. Kejadian tanah runtuh ini telah meragut enam nyawa. Menurut penduduk yang tinggal berdekatan kawasan kejadian, kejadian yang mengerikan ini buat pertama kali berlaku di sini.

    Pada pukul 10.30 malam,sebuah rumah yang dibina di atas bukit runtuh. Dua orang mangsa terselamat manakala enam orang mangsa lagi telah terkorban akibat terhempap oleh sebatang tiang yang besar. Mangsa-mangsa kejadian tersebut melibatkan sebuah keluarga.

    Menurut saksi kejadian, tanah runtuh ini berlaku disebabkan oleh hujan yang turun dengan lebat tidak henti-henti sejak petang. Selain itu, terdapatnya hakisan tanah di lereng-lereng bukit menyebabkan tanah runtuh tersebut itu berlaku.

    Penduduk-penduduk di situ mengatakan bahawa mereka terdengar bunyi yang amat kuat dan segera menjenguk ke luar kira-kira pada pukul 10.25 malam. Tiba-tiba mereka mendapati rumah di atas bukit itu sudah runtuh. Salah seorang penduduk di situ segera menelefon pihak polis untuk memberitahu tentang kejadian yang berlaku ini.

    Sepuluh minit kemudian, pihak polis tiba di tempat kejadian. Pihak polis cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam rumah tersebut malangnya mereka tidak berjaya kerana rumah tersebut ditimbuni batu-batu. Selepas itu, pihak polis segera meminta bantuan daripada pasukan penyelamat. Seterusnya pasukan penyelamat pun tiba dan berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh itu.

    Akhirnya, anggota pasukan penyelamat berjaya juga mengeluarkan mangsa yang terkorban yang terperangkap dalam timbunan batu-batu itu. Mangsa-mangsa dibawa ke hospital yang berdekatan dan memberi rawatan yang selanjutnya. Pihak yang berkuasa tempatan mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyiasat kawasan perumahan di lereng bukit tersebut.

    ReplyDelete