Monday, August 9, 2010

Karangan Jenis Ucapan/Ceramah/Syarahan

1. Ucapan,syarahan, dan ceramah tergolong dalam jenis karangan berformat khusus.
2. Karangan jenis ini biasanya ditulis untuk disampaikan dalam majlis-majlis atau upacara
tertentu, misalnya majlis keramaian, perasmian, perhimpunan dan sebagainya.
3. Suasana ucapan atau ceramah biasanya berbentuk formal (rasmi).
4. Bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta
meyakinkan.
5. Anda hendaklah memberi penerangan, penjelasan, dan fakta tentang
sesuatu perkara yang disampaikan.

Contoh Karangan

Selamat pagi dan selamat sejahtera, Saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad Bin Sirun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azliza Azizul, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Bersyukur kita kerana dapat bersama dalam majlis ini. Terima kasih kerana memberi saya peluang berucap pada pagi yang mulia ini.

Lebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lepas. Seperti mana yang sedia maklum, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi telah menjadi sekolah cemerlang kerana peningkatan peratus pelajar yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR.

Hadirin sekalian,
Seperti mana yang sedia maklum, majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar sekolah ini. Muhammad Alham yang berjaya dipilih sebagai Pelajar Terbaik PMR di daerah ini. Saya serta warga sekolah mengucapkan tahniah kepada Muhammad Alham yang berjaya memperoleh 8A. Muhammad Alham merupakan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum. Dia pernah mewakili negeri Johor untuk acara 100 meter dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Selain itu, Muhammad Alham berjaya menjadi johan dan seterusnya muncul sebagai Pemidato Terbaik dalam petandingan Pidato Diraja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun, Muhammad Alham akan meninggalkan sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara. Saya dan rakan-rakan berasa sedih kerana kehilangan rakan yang berbudi bahasa, baik dan berhemah tinggi. Semoga Muhammad Alham dapat menyesuaikan diri di sekolah yang baru dan terus berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Alham dan para pelajar yang telah berjaya mengharumkan sekolah ini. Saya berharap agar kejayaan yang anda peroleh ini akan menjadi pendorong kepada para pelajar yang lain untuk mencipta kejayaan. Sebelum mengundurkan diri, saya memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap semasa saya menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Sekian, terima kasih.

21 comments:

  1. Contoh Karangan Jenis Ucapan

    Ucapan Hari Guru

    Assalamualaikum.
    Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.
    Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.

    Hadirin sekalian,
    Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini.
    Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.
    Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.

    Hadirin sekalian
    Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar , mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru.

    Sekian, terima kasih.

    syamimi dan najwa( 2krk 1)

    ReplyDelete
  2. contoh karangan

    UCAPAN HARI GURU

    disediakan oleh:imanina dan ayu.

    ReplyDelete
  3. CONTOH KARANGAN- AISYAH & SYAHIRA (2KRK1)

    Selamat sejahtera dan selamat pagi. Yang Dihormati tuan pengerusi majlis, Yang Berbahagia, Encik Abdul Rahman bin Ibas Guru Besar SK Bandar Putra Segamat, guru - guru dan rakan seperjuangan sekalian.
    Saya berbesar hati kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata mewakili murid - murid untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Hari Guru ini,
    Tujuan mengadakan Hari Guru adalh untuk mengenang jasa dan sumbangan para guru kepada masyarakat dan negara. Di samping itu, bertujuan untuk menggiatkan lagi perjuangan mereka bagi kepentingan masa depan kita semua yang akan mengggantikan tempat mereka.
    Saya mewakili murid - murid ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengajar kami. Berkat usaha guru - guru, kami dapat mengenal ilmu. Jasa - jasa guru tidak akan kami lupakan. Tambahan pula, "ada ubi ada batas, ada hari boleh dibalas." Insya - Allah akan kami balas jasamu guru.
    Guru sanggup berkorban masa, tenaga dan wang mereka demi kejayaan murid - murid. Bagi mereka memadailah apabila melihat murid - muridnya berjaya. Namun murid - murid perlu berusaha bagi menghargai jasa mereka. Guru - guru sentiasa mempersiapkan diri untuk menggiatkan lagi perjuangan mereka laksana "genggam bara api biar sampai jadi arang."
    Guru - guru juga sentiasa memainkan peranan dalam menangani masalah kemerosotan disiplin murid. Oleh itu, murid - murid sepatutnya menghargai jasa mereka. Seorang doktor, seorang angkasawan, seorang perdana menteri semuanya bermula daripada didikan dan asuhan seorang guru.
    Hadirin yang saya hormati,
    Guru merupakan seorang insan yang tidak pernah mengenal penat lelah dan tidak pernah berasa bosan untuk mengajar murid - murid. Guru diibaratkan seperti seorang arkitek yang membina masa hadapan murid - murid. Walaupun guru telah sempurna melaksanakan tanggungjawab, namun, semuanya bergantung kepada kita sama ada kita menggunakan ilmu yang disampaikan oleh guru kepada jalan yang benar ataupun yang salah. "Tepuk dada tanya selera."
    Justeru, saya ingin memohon kemaafan atas tingkah laku yang menyebabkan guru - guru berkecil hati. Kami juga mungkin telah terkasar bahasa dan terlanjur bicara. Jadi, kami berharap agar guru - guru tidak menyimpan di dalam hati.
    Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun.
    Burung kenari terbang di awangan,
    Terbit sang suria menyinari bumi:
    Selamat Hari Guru kami ucapkan,
    Jasamu terpahat di dalam hati.
    Sekian, terima kasih.

    1. ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu.
    2. mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan penutup.
    3. nyatakan tujuan ucapan.
    4. Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan.
    5. pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian para hadirin.
    6. bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majlis yang sebenar.
    7. Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya.
    8. mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
    a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
    b] kata penegasan contoh Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )

    ReplyDelete
  4. Faqrul (2KRK1)

    Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini.
    Hadirin yang saya hormati sekalian,
    Tajuk syarahan saya ialah ‘Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah’. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan.
    Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yang paling berfaedah untuk mengisi masa lapang.
    Hadirin sekalian,
    Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa lapang.
    Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. Syahira, Atikah & Linda
    UCAPAN PELAJAR CEMERLANG

    Assalamualaikum,

    Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Haji Nawi Jaafar, guru-guru dan rakan -rakan sekalian.

    Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana sanggup memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.

    Rakan-rakan sekalian,

    Saya berasa terharu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa pemilihan kerana memilih saya sebagai pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Darau pada tahun ini.

    Guru-guru sekalian,

    Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru kerana telah mengajar dan mendidik saya sehingga berjaya dalam UPSR dan di pilih pula sebagai pelajar cemerlang.Sebenarnya kejayaan saya ini bukanlah hasil saya seorang tapi dengan adanya usaha guru saya berjaya.

    Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang selalu mendorong saya sehingga mencapai kejayaan seperti hari ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka.

    Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kerana selalu bekerja sama membantu dalam pelajaran dan bertukar pendapat.

    Akhir sekali, kepada adik-adik, saya doakan supaya adik-adik berjaya dan belajarlah bersungguh-sungguh dan janganlah berputus asa.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Contoh Karangan HAIKAL 2KRK 1

    Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
    mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak
    dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah
    membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.
    Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam
    kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

    Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan

    Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

    Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  7. Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
    mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak
    dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah
    membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.
    Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam
    kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
    Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan. Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan. Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat
    Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja. Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya

    ♥ Zulhatin ♥

    ReplyDelete
  8. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini.
    Hadirin yang saya hormati sekalian,
    Tajuk syarahan saya ialah ‘Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah’. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan.
    Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yang paling berfaedah untuk mengisi masa lapang.
    Hadirin sekalian,
    Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa lapang.
    Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum.

    hafiz (2krk1)

    ReplyDelete
  9. CONTOH KARANGAN

    Sakina & Amirah

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

    Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis penutupan Kejohanan Olahraga SMK Jelai (F) kali ke-17 pada hari ini yang berlangsung dengan meriah. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB. Dato’dapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin YB Dato’ terhadap kami.

    Hadirin dan hadirat sekalian,
    Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YB. Dato’, akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Gugusan Jelai untuk melibatkan diri dengan aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Saya teringat impian Perdana Menteri kita, YAB. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Apatah lagi, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah.

    Ini bermakna peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya. Kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan ke kolej atau universiti. Dengan adanya dasar baru kerajaan, anak-anak di Jelai ini boleh merebut peluang. Hal ini kerana markah sebanyak 10 peratus diperuntukkan dalam aspek kokurikulum. Anak-anak yang aktif dalam kokurikulum boleh menggunakan kelebihan itu disebabkan pencapaian yang baik dan keaktifan pelajar kita memang sudah terbukti.

    Hadirin yang dihormati sekalian,
    Kita telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Semua ini hanya terhasil setelah usaha berterusan dijalankan selama beberapa tahun belakangan ini dan hasilnya dapat dituai sekarang. Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak. Bagi memastikan semua pelajar berpeluang mendapat pelajaran dan dapat bergiat dengan aktif dalam kokurikulum, kemudahan yang ada belum mencukupi.

    Pihak PIBG telah banyak menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak Jelai yang berjaya. Saya mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak, terutamanya daripada YB Dato’ dalam hal ini. Sokongan ibu bapa kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG dan jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak kita .

    Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan YB. Dato’, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB. Dato’ yang sudi bersama-sama dengan kita pada petang ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Ucapan Hari Guru

    Assalamualaikum.
    Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.
    Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.

    Hadirin sekalian,
    Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini.
    Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.
    Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.

    Hadirin sekalian
    Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar , mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru.

    Sekian, terima kasih.

    rashid bobo n mahdi mat parang

    ReplyDelete
  11. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha tuan guru besar,guru-guru,serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berucap pada hari ini.
    Saya bagi wakil murid tahun empat ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
    Hari Guru disambut pada setiap tahun bagi menghargai guru.Oleh itu,pihak sekolah mengadakan majlis ini sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.
    Pihak sekolah telah mengatur pelbagai acara bagi memeriahkan lagi majlis ini.Antaranya ialah acara perlawanan bola jaring,bola sepak,badminton dan sebagainya.
    Jasa baik guru mendidik kami dengan sepenuh tenaga tidak akan kami lupakan selagi hayat dikandung badan.Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik guru yang telah ditaburkan kepada kami.
    Kami berharap agar semua guru gembira dengan melibatkan diri di dalam acara yang diadakan.
    Sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha tuan guru besar,guru-guru,serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berucap pada hari ini.
    Saya bagi wakil murid tahun empat ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
    Hari Guru disambut pada setiap tahun bagi menghargai guru.Oleh itu,pihak sekolah mengadakan majlis ini sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.
    Pihak sekolah telah mengatur pelbagai acara bagi memeriahkan lagi majlis ini.Antaranya ialah acara perlawanan bola jaring,bola sepak,badminton dan sebagainya.
    Jasa baik guru mendidik kami dengan sepenuh tenaga tidak akan kami lupakan selagi hayat dikandung badan.Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik guru yang telah ditaburkan kepada kami.
    Kami berharap agar semua guru gembira dengan melibatkan diri di dalam acara yang diadakan.
    Sekian,terima kasih.

    Dari Quah dan Veenessh

    ReplyDelete
  13. CONTOH KARANGAN
    Yang berusaha pengacara majlis,
    Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, merangkap Ahli Parlimen Tampin;
    Yang Berhormat Dato’ Ir. Jamlus bin Hj. Aziz,
    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Gemas,
    Yang Berusaha Puan Rohanah bt. Baharom,
    Pegawai Pelajaran Daerah Tampin Rembau;
    Yang Berusaha Encik Anirwan bin Fauzee, Penolong Pegawai Daerah Tampin mewakili Pegawai Daerah Tampin,
    , AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan tuan puan yang dihormati sekalian.
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
    Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis penutupan Kejohanan Olahraga SMK Jelai (F) kali ke-17 pada hari ini yang berlangsung dengan meriah. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB. Dato’dapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin YB Dato’ terhadap kami.
    Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YB. Dato’, akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Gugusan Jelai untuk melibatkan diri dengan aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Saya teringat impian Perdana Menteri kita, YAB. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Apatah lagi, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah.
    .
    Kita telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Semua ini hanya terhasil setelah usaha berterusan dijalankan selama beberapa tahun belakangan ini dan hasilnya dapat dituai sekarang. Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak. Saya mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak, terutamanya daripada YB Dato’ dalam hal ini. Sokongan ibu bapa kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG dan jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak kita .
    Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan YB. Dato’, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB. Dato’ yang sudi bersama-sama dengan kita pada petang ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.
    Sekian terima kasih

    Danial & shahrizul 2 KRK1

    ReplyDelete
  14. Ucapan Hari Guru

    Assalamualaikum.
    Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.
    Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.

    Hadirin sekalian,
    Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini.
    Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.
    Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.

    Hadirin sekalian
    Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar , mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru.

    Sekian, terima kasih.

    ►NABIL AMIR NORMAN 2KRK1◄

    ReplyDelete
    Replies
    1. so fantastic dan memang bombastik,tapi apapun moga awak boleh berjaya,from balqis aqilah

      Delete
    2. so fantastic dan memang bombastik,tapi apapun moga awak boleh berjaya,from balqis aqilah

      Delete
  15. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan pengerusi majlis dan para hadirin sekalian. Bersyukur kepada ilahi kerana dapat kita bersama-sama pada pagi yang indah ini. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berucap pada pagi ini.

    Pertama sekali, saya ingin menjelaskan maksud vandalisme ini. Ia bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian yang berleluasa beberapa bulan yang lalu haruslah dikikis.

    Hadirin sekalian,

    Terdapat banyak punca yang dapat kita ambil dari masalah yang timbul dari orang sekeliling kita. Salah satunya ialah pelajar-pelajar yang tertekan akibat masalah di sekolah mahupun masalah keluarga. Mereka akan melepaskan geram dengan merosakkan harta benda awam yang berada di sekeliling meraka.

    Kesan-kesan daripada perbuatan mereka hanya akan menyusahkan orang lain. Contohnya ketika berlaku kebakaran mangsa-mangsa atau orang yang terlibat tidak dapat menghubungi pihak berkuasa uantuk membuat perkara yang selanjutnya.

    Hadirin yang dikasihi sekalian,

    Langkah- langkah yang dapat diambil oleh pihak berkuasa ialah dengan mengadakan sebuah kempen anti-vandalisma seperti sekarang ini atau mengadakan sebuah ceramah kesedaran diri. Ini dapat mengelakkan lebih banyak lagi kes-kes vandalisma.

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan pengarusi majlis dan pihak-pihak yang telah menjemput saya ke majlis ini.

    syahira,atikah,aslinda

    ReplyDelete
  16. ~Syaadraian dan Sabrina~

    Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.

    Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.

    Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

    Para hadirin sekalian,

    Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.

    Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

    Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  17. Hi ................ ada sape2 boleh bagi isi-isi penting karangan ucapan murid menerima anugerah :) sila hantar dekat email saya nur_ya10@yahoo.com thx :D UPSR ~sYahirah~

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum.....
    erm....sy tgh cari karangan ucapan sambutan sempena 'Hari Kebangsaan'.....
    erm....kalau korang ade....hantar dkt sy ok....;)
    hanimzurni999@gmail.com

    ReplyDelete
  19. hi.........saya nak karangan ucapan guru sebagai ibu bapa pelajar.......... kalau ada ..... hantar dekat saya emidedetly ........... dini.dinisa@gmail.com

    ReplyDelete