Monday, August 23, 2010

Latihan 2 ( Karangan Fakta )

Isu pemanasan global merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia.
Huraikan kesan-kesan pemanasan global.

14 comments:

  1. Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.



    Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.



    Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kenser kulit. kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.



    Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.



    Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.

    daripada priya dan ayu
    2krk1

    ReplyDelete
  2. Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam.
    Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
    Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
    Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.
    Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita. Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi.. Hargailah pemberian Allah yang paling bermakna ini. Janganlah kita cemarinya lagi. Jangan sampai anak cucu kita menyalahkan kita disebabkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.

    Zulhatin, aiman dan Amir

    ReplyDelete
  3. Hafiz,amirul,quah,veenessh 2 KRK 1
    Pemanasan global merupakan satu fenomena alam yang menjadi isu antarabangsa. Hampir seluruh negara di dunia ini memperkatakan isu ini. Para pemimpin yang menghadiri persidangan alam sekitar berhubung isu pemanasan global di Bali dua tahun yang lalu sepakat untuk menggariskan langkah-langkah mengatasi pemanasan global.


    Pemanasan global atau lebih dikenali sebagai global warming menyaksikan kenaikan suhu sejagat. Namun kejadian ini sebenarnya menimbulkan kesan yang berlainan di beberapa negara. Sebagai contoh terdapat kawasan yang mengalami suhu melampau dan ada pula yang mengalami penurunan suhu hingga menimbulkan musim sejuk yang terlalu sejuk seperti yang berlaku di utara Vietnam pada penghujung tahun 2007.


    Selain itu, pemanasan global sebenarnya memberi kesan buruk kepada manusia. Pertambahan suhu boleh menyebabkan kekontangan di sebahagian tempat hingga berlaku masalah bekalan air atau kebakaran hutan yang dahsyat, manakala di Antartika dan Artik berlaku pencairan ais yang menyebabkan kenaikan paras laut. Bencana alam seperti taufan, dan gempa bumi juga akan berlaku dengan lebih kerap.


    Pemanasan global sebenarnya berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia yang terlalu mengeksploitasi sumber bumi untuk pelbagai tujuan seperti pembangunan, pembalakan, pertanian, dan perindustrian. Penebangan pokok-pokok menyebabkan pengurangan sumber oksigen. Pelepasan pelbagai jenis gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, dan karbon klorofloro (CFC) menyebabkan bumi menjadi semakin panas.


    Oleh yang demikian untuk mengatasi masalah pemanasan global, pembangunan yang dijalankan seharusnya mesra alam dan penggunaan barangan yang menghasilkan gas berbahaya harus dikurangkan. Manakala kawasan hutan yang telah dibuka haruslah ditanami pokok-pokok yang baru supaya penghasilan oksigen dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama karbon dioksida dapat dikurangkan.`


    Di samping itu, pencemaran alam hendaklah diatasi. Pembuangan sampah sarap harus dikurangkan melalui kaedah kitar semula. Kitar semula bermakna barang terpakai diproses atau diubahsuai menjadi barangan yang baru. Dengan cara ini, sumber bahan tersebut tidak perlu diambil dari bumi ini. Sebagai contoh, aluminium atau besi tidak perlu dilombong lagi.


    Kesimpulannya, sebagai manusia yang mendiami bumi ini, kita haruslah sedar bahawa bumi hanya satu. Bumi yang kita diami sekarang akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Jika pemanasan global berterusan, kita akan mendapat kesan dan anak cucu kita pula akan hidup dalam dunia yang tidak sesuai lagi didiami oleh manusia. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengatasi masalah pemanasan global.

    ReplyDelete
  4. Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.

    Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.

    Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kenser kulit. kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.

    Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.

    Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.

    Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh asab-asab yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu, meminimunkan penggunaan kenderaan perlu kita dititikberatkan.

    Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil kangkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur barulah kita mahu berubah. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.

    Shahrizul & denial

    2 krk 1

    ReplyDelete
  5. sabrina dan syaadriana

    Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam.

    Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

    Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

    Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

    Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

    Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.

    selain itu,Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.

    Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.

    Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.

    ReplyDelete
  6. Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.

    Tambahan pula , Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi kesan yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah malah bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

    Suhu bumi yang tinggi juga menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.


    Selain itu , kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.
    Kesimpulannya , kita sebagai manuiaa bumi ini mesti menjaga alam sekitar supaya bumi kita tidak terancam.Jika kita tidak menjaga bumi kita nescaya bumi kita akan musnah atas perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab .Seperti cogan kata ` sayangilah bumi kita’


    Nabil & Norman
    2 kRk 1

    ReplyDelete
  7. SYAHIRA & AISYAH – 2KRK1
    Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam.
    Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
    Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
    Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
    Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
    Selain itu , kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
    Akhir sekali , kita haruslah bertanggungjawab untuk menjaga bumi kita. Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita. Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi.
    (384 patah kata)

    ReplyDelete
  8. Sakina & Amirah...
    2 KRK 1...


    Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia yang tinggi berbanding suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain.

    Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

    Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir, jerebu dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

    Kemarau boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Antara aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kemarau ialah kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.

    Kesan lain ialah boleh menyebabkan jerebu. Jerebu ialah satu bencana yang membahayakan kesihatan dan alam sekitar.Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi.

    Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting untuk mengelak daripada belakunya pemanasan global. Hal ini disebabkan oleh negara kita terdapat banyak pencemaran dan bencana yang membahayakan kesihatan dan alam sekitar.

    ReplyDelete
  9. Isu pemanasan global merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia.
    Huraikan kesan-kesan pemanasan global.

    Syahira & Atikah 2KRK 1

    Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Contohnya Perancis merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang terlampau panas.

    Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

    Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi. Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil.

    Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana
    pupusnya dinosaur.

    Akhir sekali, kita perlulah melindungi alam sekitar untuk mengelakkan pemanasan global berlaku. Kita juga perlu lindunginya untuk generasi yang akan datang.

    ReplyDelete
  10. Isu pemanasan global merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia.
    Huraikan kesan-kesan pemanasan global.

    Isu pemanasan global merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Pemanasan global bermaksud pertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah kaca yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan tukup ais kutub.

    Terdapat beberapa kesan yang didapati seperti masalah kesihatan. Karbon dioksida, karbon monoksida, dan karbon klorofloro (CFC) dapat memyebabkan masalah kesihatan seperti sesak nafas, katarak mata dan sebagainya. Hal ini disebabkan terdapat banyak asap yang dikeluarkan oleh kilang dan kenderaan.

    Selain itu, pemanasan global akan mencairkan ais di kutub utara dan kutub selatan yang boleh menyebabkan lautan akan bertambah. Hal ini akan menyebabkan daratan akan ditenggelami oleh lautan dan akan menyebabkan banjir.

    Bukan itu sahaja, pemanasan global juga akan menyebabkan suhu bumi meningkat daripada yang asal. Pekara ini akan menyebabkan lapisan ozon bumi semakin nipis, kemarau yang panjang, jerebu, pulau haba dan sebagainya.

    Kesimpulannya, kita haruslah mempelihara bumi kita daripada terus belakunya pemanasan global seperti mengurangkan pencemaran dan menjaga alam sekitar supaya bumi kita akan selamat.

    Syamimi & Najwa (2KRK1)

    ReplyDelete
  11. A'in Suraya & Mysha Iris
    Isu pemanasan global merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia.Kesan-kesan pemanasan global ialah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pembakaran terbuka,penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita.
    Selain itu,pemanasan global boleh menyebabkan kanser kulit dan lain-lain lagi.Kita juga perlu tahu bahawa karbon monogsida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semulajadi.Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi.Semua ini disebabkan daripada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang telah membuat pembakaran secara terbuka dan lain-lain lagi yang dapat menghasilkan pemanasan global.
    Justeru,pemanasan global dapat dikatakan ia boleh menyebabkan kanser kulit.Ini semua disebabkan sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia.Sekiranya sinaran matahari oleh lapisan terkena kulit manusia,tumur akan membentuk maka jadilah kanser kulit.
    Seterusnya,pemanasan globaljuga boleh menyebabkan migrain dan sakit kepala yang terlampau. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.
    Untuk menghindari daripada pemanasan global berlaku,kita tidak sepatutnya membuat pembakaran secara terbuka dan kita juga tidak perlulah menggunakan karbon monogsida dan karbon dioksida secara berlebihan.Dengan cara ini,kita boleh terhindar daripada pemanasan global yang terlampau.
    Akhir sekali, Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

    ReplyDelete
  12. Aufa dan Fatin

    Isu pemanasan global merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia.
    Huraikan kesan-kesan pemanasan global.

    Pemanasan global telah menjadi isu hangat pada zaman ini . Pemanasan global ini berpunca daripada orang yang tidak bertangguggjawab dengan melakukan pembakaran terbuka dan penggunaan karbon monoksida serta karbon dioksida. Terdapat pelbagai kesan-kesan yang akan berlaku dibumi kita sekiranya pemanasan global tidak dibendung.

    Antaranya ialah, pembakaran terbuka dapat menipiskan lapisan ozon dibumi. Jika lapisan ozon semakin tipis cahaya matahari yang berlebihan akan menembusi bumi. Ini akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit akan timbul . Antaranya ialah, penyakit kanser kulit dan tumor.

    Di samping itu, jika sinaran matahari menembusi bumi secara berlebihan juga,akan menyebabkan suhu bumi ini akan meningkat . Ini akan menyebabkan ais yang ada di kutub utara akan mula cair . Jika ini berlaku haiwan yang hidaup di kutub utara akan pupus.

    Selain itu , semua penduduk bumi akan susah untuk menjalani kegiatan seharian jika keadaan bumi semakin panas .sekiranya suhu bumi semakin panas, pekerjaan seperti membina bangunan semakin sukar untuk dikerjakan dan ramai akan cepat keletihan.

    Kesimpulanya ,kita haruslah menjaga bumi kita daripada pemanasan global.Pemanasan global akan berkurang jika kita banyak menanam tumbuh-tumbuhan.

    ReplyDelete
  13. Afrina & syafiqah

    Karangan Fakta

    Pemanasan global atau lebih dikenali sebagai `Global warming’ adalah satu isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia pada zaman ini.

    Antara sebab-sebab pemanasan global ialah,menebang pokok secara berleluasa,pembakaran secara terbuka,pulau haba dan penggunaan karbon dioksida secara berlebihan.

    Terdapat pelbagai kesan yang negatif tentang pemanasan global.Contohnya,suhu bumi semakin panas,air laut menjadi surut dan salji di kutub utara menjadi cair.

    Selain itu,pemanasan global mengakibatkan manusia terseksa akibat kepanasan yang amat sangat.Ia juga akan mengakibatkan penyakit kanser kulit kepada manusia.

    Disamping itu,pemanasan global mengakibatkan jerebu.Jerebu akan mengakibatkan sesak nafas dan penglihatan manusia akan menjadi kabur dan mengakibatkan kemalangan berlaku.

    Kesimpulannya,pelbagai kesan yang buruk berlaku kepada bumi akibat global warming.

    ReplyDelete
  14. Berita tentang pemanasan global atau global warming sering didengari dan dilihat di berita,akhbar dan radio.Pemanasan global amat merisaukan kita semua.Banyak orang-orang yg tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang isu pemanasan global.

    Terdapat pelbagai kesan buruk akibat pemanasan global.Pelbagai contohnya adalah seperti,salji di kutub utara menjadi semakin cair dan akan mengganggu habitat haiwan-haiwan di sana,suhu bumi semakin meningkat panas dan air laut menjadi surut.

    Selain itu,pemanasan global juga akan memberi kesan kepada manusia seperti kanser kulit kerana terdedah kepada sinaran ultra-ungu matahari berterusan dan terdedah kepada panas yg amat.

    Kesimpulannya,peliharalah khazanah alam pemberian Tuhan yg tidak ternilai ini sebelum tiada lagi pada masa hadapan.

    Luqman Alexeey 1KRK3 -_-"

    ReplyDelete