Monday, August 23, 2010

Latihan 1 ( Karangan Peribahasa )

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan peribahasa. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah.
Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

11 comments:

  1. Nur Sabrina dan Syaadriana

    Seperti yang kita sedia maklum,masyarakat melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai peribahasa.Peribahasa-peribahasa ini membawa banyak maksud dan pengajaran tersendiri.Antaranya, alang-alang mandi biar basah yang mempunyai sama maksud seperti alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.


    Maksud alang-alang mandi biar basah ialah melakukan sesuatu kerja biarlah bersungguh-sungguh dan selesai.Jangan berhenti di sekerat jalan.Peribahasa ini boleh dijadikan panduan untuk hidup kita supaya lebih berdisplin.


    Contohnya,jika kita hendak mengejar cita-cita.Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang kita impikan.Jika kita menjadikan peribahasa ini sebagai panduan,kita pasti boleh berjaya dengan keyakinan diri yang tinggi.

    Selain itu,apabila melakukan sesuatu pekerjaan,biarlah sehinnga selesai.Janganlah kita mengamalkan sikap berhenti sebelum selesai sesuatu pekerjaan dengan memberikan seribu alasan.Perangai itu adalah buruk sama sekali.

    Seterusnya,kita sebagai rakan atau keluarga mestilah menasihati rakan atau orang sekeliling kita yang mengamalkan sikap ini.Jika kita tidak menegur perbuatan tersebut.kita juga mungkin akan mengalami masalah jika perbuatan ini diteruskan.

    Kesimpulannya,kita mestilah mengamalkan peribahasa alang-alang mandi biar basah sebagai panduan hidup kita.Janganlah kita tidak menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang telah kita lakukan.

    ReplyDelete
  2. Aisyah & Syahira (2KRK1)


    Peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah. Setiap peribahasa mempunyai nilai dan pengajaran masing-masing.

    Aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa merupakan elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Antara sebabnya ialah anggapan bahawa peribahasa merupakan bahasa klise atau milik sastera lama. Masyarakat memberi alasan tidak memahami peribahasa dengan baik dan peribahasa sukar diingat.

    Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya , khazanah bahasa, bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir, dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu. Pada umumnya, peribahasa mencerminkan pemikiran kognitif masyarakat Melayu tradisional. Makna simpulan bahasa bersifat kolokasi, iaitu menunjukkan hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain.

    Seperti peribahasa ‘alang-alang mandi biar basah’.Masyarakat kita selalu melakukan sesuatu perkerjaan separuh jalan. Terdapat pengajaran disebalik peribahasa ‘alang-alang mandi biar basah’. Peribahasa ini bermaksud jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan. Kita haruslah mengambil iktibar daripada peribahasa ini dan amalkan nilai yang terdapat.

    Peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup sesama manusia.

    ReplyDelete
  3. Sakina & Amirah...

    Masyarakat melayu kaya dengan peribahasa. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah. Peribahasa ini memberi makna yang positif kepada masyarakat. Maksud peribahasa ini ialah jika hendak melakukan sesuatu pekerjaan, biar sampai selesai dan jangan menangguhkan pekerjaan tersebut. Oleh itu,kita seharusnya mengamalkan peribahasa ini dalam kehidupan seharian.

    Kebanyakan masyarakat melayu sekarang ini tidak ramai yang mengamalkan peribahasa ini. Mereka seakan-akan tidak mengendahkan peribahasa ini kerana mereka berasa diri sendiri tidak perlu menggunakan peribahasa ini. Jika kita mahu berjaya dalam hidup, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.

    Selain itu, sebagai pelajar kita seharusya mempraktikkan peribahasa ini. Contohnya, kita mestilah menyiapkan kerja sekolah yang diberi dengan segera dan tidak menangguhkan kerja sekolah tersebut kerana ia akan menjadi beban kepada kita jika menghimpunkan kerja sekolah dan menyiapkannya dalam satu masa. Dalam pada itu, kita dapat mengamalkan sikap ini pada dewasa kelak.

    Terdapat segelintir golongan remaja tidak mengamalkan peribahasa ini kerana mereka beranggapan peribahasa ini tidak penting bagi mereka. Remaja seperti ini tidah tahu kesan dan akibat pada masa hadapan. Mereka hanya mahu kerja yang mudah dan tidak menyusahkan mereka. Dengan sikap ini, remaja akan menjadi mundur dan ketinggalan.

    Tambahan lagi, pada zaman moden ini, negara kita memerlukan generasi yang berkualiti untuk memajukan negara. Dengan sikap yang ditunjukkan ini, negara sukar untuk mendapatkan generasi pada masa yang akan datang.

    Kesimpulannya, kita seharusya mengamalkan peribahasa ini sejak kecil lagi. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang baik kepada anak-anak. Janganlah kita melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan kerana ia adalah perbuatan yang buruk.

    ReplyDelete
  4. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan peribahasa. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah.
    Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut:


    Pelbagai peribahasa yang terdapat dalam masyarakat kita. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah sering kali kedengaran di mana-mana sahaja. Peribahasa ini juga sering digunakan didalam percakapan atau perbualan orang tua untuk menasihati anak muda pada zaman sekarang.

    Maksud peribahasa alang-alang mandi biar basah ialah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu biarlah hingga ianya selesai.

    Majoriti masyarakat Malaysia gemar mengerjakan kerja mereka itu dengan selengkapnya. Masyarakat Malaysia juga tidak suka jika kerja mereka itu ditangguh-tangguhkan. Amalan ini adalah sangat tidak elok untuk kita.

    Contohnya Azmi ialah seorang yang ringan tulang, beliau juga tidak suka melengah-lengahkan kerjanya. Apatah lagi meninggalkan kerjanya. Bak kata pepatah alang-alng mandi biar basah.





    oleh:imanian(2 krk 1)

    ReplyDelete
  5. Latihan 1 ( Karangan Peribahasa )
    Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan peribahasa. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah.
    Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.


    Aslinda, Syahira & Atikah

    Masyarakat Melayu kita sememangnya terkenal dengan peribahasa. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah. Maksud peribahasa ini ialah membuat sesuatu pekerjaan itu biarlah sehingga selesai. Antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama ialah alang-alang berdakwat, biarlah hitam.

    Peribahasa ini sememangnya baik dan sesuai untuk dijadikan panduan hidup. Contohnya apabila kita membuat sesuatu pekerjaan seperti mengemas rumah kita mestilah melakukannya dengan sempurna dan tidak ditangguhkan. Ini pasti akan memudahkan pekerjaan itu.

    Peribahasa ini sesuai dijadikan prinsip hidup seseorang pelajar yang ingin menjadi pelajar yang cemerlang. Hal ini kerana jika mereka membuat sesuatu perkerjaan perlulah membuatnya sehingga selesai. Mereka juga dapat mendisiplinkan diri mereka dengan hanya mengamalkan peribahasa ini.

    Selain itu, kita perlulah mengamalkan prinsip peribahasa ini supaya kita dapat melakukan kerja dengan lebih sempurna dan teratur. dengan mengamalkan peribahasa ini kita dapat menanamkan sikap membuat kerja sehingga selesai.

    Akhir sekali, peribahasa “alang-alang mandi, biar basah” perlu diwarisi kepada generasi yang akan datang bagi melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan lebih berdedikasi.

    ReplyDelete
  6. Bila sentuh bab mandi, kita kena mandi betul betul sepertimana kata orang tua-tua,'alang-alang mandi biar basah'. Peribahasa ini juga membawa maksud kalau kita lakukan sesuatu biarlah bersungguh-sungguh atau sehingga selesai.


    Oleh itu, kita perlulah bekerja keras untuk mencapai sesuatu pencapaian. Kita tidak boleh menangguhkan kerja kita kerana jika kita kerap menangguhkan kerja itu lama-lama ia boleh menyebabkan stres kepada diri kita.


    Kerja kita akan bertambah banyak jika kita tidak menyiapkan dengan segera. Selain itu, kita juga tidak boleh membuat kerja hanya separuh jalan saja. Jika kiat membuat kerja separuh jalan kemungkinan ia akan menimbulkan masalah besar kepada kita.


    Tambahan pula, kita mestilah membuat kerja satu demi satu supaya tidak mengelirukan otak kita. Jika kita terus membuat kerja sekali gus mungkin ia akan membebankan kita lagi dan benda yang kita usaha hanyalah sia-sia sahaja.


    Untuk berjaya, kita perlulah usaha lebih dalam sesuatu benda. Yang pentingnya kerja yang kita buat mestilah lengkap dengan sempurna agar tidak menjadi kacau-bilau dalam pemikiran minda kita.

    disediakan oleh,
    ayu dan sharmmila 2 krk 1

    ReplyDelete
  7. Peribahasa merupakan warisan nenek moyangkitasejak turun temurun dan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu masyarakat. Peribahasa adalah sesuatu yang unik kerana membawa maksud yang mendalam dan tersendiri. Dalam setiap peribahasa lazimnya tersirat pelbagai nasihat dan pengajaran yang dijadikan panduan hidup sepanjang zaman. Begitu juga halnya dengan peribahasa “alang alang mandi biar basah”


    Maksud alang-alang mandi biar basah ialah melakukan sesuatu kerja biarlah bersungguh-sungguh dan selesai.Janganlah berhenti sekerat jalan.Peribahasa ini boleh dijadikan panduan untuk hidup kita supaya lebih berdisplin. Agar dihormati oleh lapisan masyarakat.

    Perbahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya , khazanah bahasa, bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir, dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu.

    Selain itu kita sebagai rakan atau ahli keluargamestilah sentiasa menasihati rakan dan masyarakat untuk mengamalkan sikap ini. Jika tidak kita juga akan menanggung akibatnya.

    peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup sesama manusia

    Iqbal haikal

    ReplyDelete
  8. Peribahasa banyak digunakan oleh masyarakat melayu untuk tujuan tertentu. Peribahasa mudah di ingat dan mudah di ucapkan pada masa yang sesuai. Kata-kata yang digunakan melambangkan sesuatu yang terdapat di sekeliling kehidupan masyarakat pada zaman itu .

    Salah satu peribahasa yang dicipta oleh masyarakat melayu adalah “alang – alang mandi biar basah” satu ungkapan yang dapat dijadikan pegangan hidup oleh masyarakat pada zaman sekarang. Walaubagaimanapun,maksud peribahasa ini menyuruh kita melakukan sesuatu kerja sampai habis.

    Disamping itu, peribahasa boleh membuat kita berdisiplin dan melakukan sesuatu kerja sampai habis. Hakikatnya ,itulah hukum alam untuk manusia merealisasikan impian seseorang dalam kehidupan harian .

    Falsafah ini boleh digunakan oleh setiap individu , malah untuk sesuatu Negara untuk membangun . Janganlah melakukan kerja separuh jalan kerana ia menjadi kerja yang sia –sia. Peribahasa ini dapat membuahkan hasil yang baik untuk masa hadapan

    Sebagai kesimpulannya , kita mesti mengamalkan peribahasa sebagai pegangan hidup atau sikap setiap individu kerana kerja yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang baik kepada kita.Dengan berpandukan peribahasa dalam hidup kita, masyarakat akan menyanjung kita.

    Norman ~2krk1

    ReplyDelete
  9. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan peribahasa. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah.Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

    Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan peribahasa. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah yang bermaksud berbuat sesuatu jangan kepalang tangguh atau jangan menangguh sesuatu kerja yang hendak dilakukan.


    Ada sesetengah masyarakat tidak mengambil berat dalam membuat sesuatu kerja. Mereka tidak mahu segera menyiapkan pekerjaan dan menangguh kerja itu tanpa menghiraukan akibatnya.

    Sebagai menghuraikan peribahasa ini, kita boleh mengambil contoh seorang pelajar. Kebanyakan pelajar sering menangguhkan kerja rumah yang diberi oleh guru sehingga tiada masa untuk melakukannya kerana terlampau banyak untuk disiapkan. Tanpa disedari, perbuatan mereka itu telah membawa keburukan kepada diri mereka sendiri.

    Jika pelajar tersebut menyiapkan kerjanya terlebih dahulu, maka perbuatan itu tidak akan menyusahkan dirinya kerana tidak perlu menyiapkan kerja dalam satu masa.Hal ini juga dapat mendisiplinkan diri mereka supaya menjadi lebih cemerlang di masa hadapan.

    Peribahasa “alang-alang mandi biar basah” adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa yakin dalam setiap kerja yang dilakukannya.


    Disediakan oleh Najwa dan Syamimi(2KRK1)

    ReplyDelete
  10. Peribahasa “alang-alang mandi biar basah” sering digunakan oleh masyarakat Melayu.Ia bermaksud Berbuat sesuatu perkerjaan biar sampai selesai.
    Peribahasa ini sama sahaja dengan alang-alang mencelup perkasam biar sampai ke pangkal lengan .

    Ada sesetengah masyarakat tidak mengambil berat tentang peribahasa yang tersebut.Disamping itu peribahasa menjadikan kita lebih berdisiplin untuk berjaya pada masa depan.

    Selain dari itu,apabila melakukan sesuatu pekerjaan,biarlah sampai selesai.Janganlah kita mengamalkan sikap berhenti sebelum selesai sesuatu pekerjaan dengan memberikan sejuta alasan.sikap itu adalah tidak manfaat sama sekali.

    Falsafah ini boleh digunakan untuk sesebuah Negara untuk membangunkan Negara yang cemerlang gemilang dan terbilang.

    Kesimpulannya,kita mestilah mengamalkan peribahasa alang-alang mandi biar basah sebagai tema hidup kita.kita seharuslah tidak menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang telah kita lakukan.

    RASHID BOBO N MAHDI PARANG

    ReplyDelete
  11. Yang Penat Mengarang :. Nur Hanin


    Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan peribahasa. Antaranya ialah alang-alang mandi biar basah.Alang-alang mandi biar basah sama erti dengan peribahasa alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.

    Maksud alang – alang biar basah ialah melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh – sungguh dan selesai atau dari makna yang lain,membuat kerja dan tidak berhenti saparuh jalan.Peribahasa ini memberi nilai murni kepada kita agar melakukan kerja dengan bersungguh – sungguh.

    Sebagai contoh,sekiranya kita ingin mengejar cita-cita,kita perlulah berusaha tanpa putus asa barulah kita dapat mencapai cita-cita tersebut.Jika kita memegang peribahasa ini sebagai prinsip harian,segala yang kita inginkan pasti akan diperoleh.

    Peribahasa ini juga mengigatkan kita agar melakukan kerja hingga selesai dan tidak meninggalkan separuh jalan.Sekiranya kita melakukan tugasan kita perlulah melaksanakan tugasan sehingga selesai.

    Sebagai rakyat Malaysia,kita perlulah memegang peribahasa ini supaya dapat memajukan negara. Selain itu, kita juga boleh menasihati rakan-rakan mahupun keluarga
    agar mengkuti sikap yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab.

    Kesimpulannya,kita perlulah mengamalkan peribahasa alang-alang mandi biar basah sebagai panduan kita.Nilai murni yang terdapat dalam peribahasa ini amat bermakna.Janganlah kita melakukan kerja dan tidak menyelesaikannya.

    ReplyDelete