Thursday, June 24, 2010

Karangan Jenis Fakta

Penyalahgunaan dadah membawa padah. Nyatakan kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan negara. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

4 comments:

  1. Berdasarkan Kamus Dewan,dadah membawa maksud sejenis ubat-ubatan.Namun kini,dadah disalah gunakan oleh masyarakat.Sebenarnya,dadah akan membawa padah jika diambil tanpa tujuan dan berlebihan.

    Antara kesan-kesan penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan negara ialah masyarakat akan berpecah-belah dan secara tidak langsung kemajuan negara akan merosot kerana masyarakat tidak bersatu-padu.

    Selain itu,jika kita menyalahgunakan dadah,masa depan remaja zaman kini akan malap.Mungkin tenaga kerja pada masa depan juga tidak mencukupi kerana semua masyarakat menjadi huru-hara disebabkan dadah yang merosakkan ini.

    Seterusnya,siapa yang akan menjadi pemimpin kita pada masa depan jlka bukan remaja pada masa kini.Jika remaja kini ramai yang mengambil dadah,Negara akan menjadi porak-peranda kerana tiadanya seseorang pemimpin.

    Dari segi masyarakat pula,masyarakat akan menjadi pecah belah dan tidak bekerjasama disebabkan dadah ini kerana dadah akan menjadikan diri seseorang itu tidakterkawal dan keruan.Jadi bagaimana kita hendak mengeratkan sillaturrahim jika adanya segelintir mereka yang bersikap kurang prihatin.

    Kesimpulannya,dadah memang merosakkan kita dari segi akhlak,masa depan,dan kesihatan.Jadi sama-samalah kita membanteras pengambilan dadah ini jika ingin menjadi masyarakat yang bersatu-padu dan negara maju.

    ReplyDelete
  2. x de perenggan ke

    ReplyDelete