Monday, June 28, 2010

Latihan 1 ( Karangan wawancara )

Sekolah anda telah terpilih sebagai sebuah Sekolah Kluster oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaku wartawan majalah sekolah, anda dikehendaki mewawancara Pengetua sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Kluster.

Tulis wawancara anda selengkapnya.

6 comments:

  1. Sabrina dan Syaadriana


    Semalam,Byya selaku wartawan majalah Sekolah Kluster telah mewawancara Pengetua sekolah,Puan Zaiton untuk mendapat maklumat lanjut tentang Sekolah Kluster.Berikut adalah hasil temuramah antara Byya dan pengetua sekolah tersebut.

    Byya : Selamat sejahtera,Puan Zaiton.Saya selaku wartawan majalah sekolah ingin menemuramah puan
    berkaitan Sekolah Kluster dengan lebih lanjut.

    Pengetua : Selamat sejahtera.Oh,begitu.Silakan.

    Byya : Mengapakah sekolah ini terpilih sebagai Sekolah Kluster?Boleh puan terangkan dengan terperinci?

    Pengetua : Boleh.Sekolah ini terpilih mungkin berdasarkan kecermelangan sekolah dari segi akademik dan
    kokurikulum sekolah.

    Byya : Apakah definisi Sekolah Kluster?

    Pengetua : Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan
    Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan
    sekolah lain di luar klusternya.

    Byya : Apakah jaminan yang diberikan untuk mencapai kecemerlangan Sekolah Kluster?

    Pengetua : Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah
    kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

    Byya : Apakah cadangan puan untuk memajukan sekolah ini yang bertaraf Sekolah Kluster?

    Pengetua : Saya akan lebih tegas dan membincangkan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan lagi kecemerlangan
    sekolah ini.

    Byya : Saya berharap agar sekolah ini dapat mencapai matlamatnya.Terima kasih saya ucapkan atas
    kesudian puan untuk di temuramah.

    Pengetua : Sama-sama.Saya pun berharap begitu.Sama-samalah kita bekerjasama untuk mencapai matlamat sekolah.

    ReplyDelete
  2. (Di bilik pengetua)

    Wartawan : Assalammualaikum,Puan.

    Pengetua : Waalaikummussalam.

    Wartawan : Saya ingin megucapkan tahniah atas
    kejayaan yang dikecapi oleh sekolah
    kita.

    Pengetua : Terima kasih. Ini semua hasil
    kerjasama dari semua pihak yang
    terlibat bagi menjayakan sekolah
    kita sebagai sekolah kluster.

    Wartawan : Apakah perasaan puan apabila
    mendapat tahu bahawa sekolah kita
    telah dinobatkan sebagai sekolah
    kluster?

    Pengetua : Saya berasa sangat teruja dan
    gembira apabila mendapat tahu
    bahawa sekolah kita dinobatkan
    sebagai sekolah kluster. Saya
    sangat pasti bahawa warga sekolah
    kita juga merasa gembira atas
    kejayaan sekolah kita.

    Wartawan : Apakah yang harus dilaksanakan
    oleh sesebuah sekolah untuk
    menjadi sebuah sekolah kluster?

    Pengetua : Pelaksanaan sekolah kluster
    adalah berasakan proses
    desentralisasi yang melibatkan
    pengupayaan sekolah menerusi
    pemberian autonomi terpimpin.

    Wartawan : Bagaimanakah warga sekolah yang
    lain membantu untuk menjayakan
    sekolah kita sebagai sekolah
    kluster?

    Pengetua : Mereka bekerjasama untuk menjayakan
    sekolah kita sebagai sekolah
    kluster. Selain itu, mereka juga
    menaikkan semangat untuk menjayakan
    sekolah kita sebagia sekolah kluster

    Wartawan : Terima kasih atas maklumat yang
    diberikan dan untuk masa yang telah
    diluangkan.

    Pengetua : Sama-sama saya sangat menghargai
    usaha yang telah anda berikan.

    ReplyDelete
  3. Danial: Assalammualaikum Encik Shah Jahan.

    Shah Jahan: Waalaikummussalam Danial.

    Danial: Tahniah En.Jahan kerana sekolah kita telah terpilih sebagai sebuah Sekolah Kluster.

    Jahan: Terima kasih Danial.

    Danial:Apakah pelaksanaan Sekolah Kluster?

    Jahan: Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin.
    Danial:Siapakah akan membantu memastikan pelaksanaan Sekolah Kluster dapat berjalan dengan jayanya?
    Jahan: Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.
    Danial:Apakah tujuan Sekolah Kluster dalam Sistem pendidikan Malaysia
    Jahan: Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.
    Danial:Akhirnya, berikan satu definisi untuk Sekolah Kluster.
    Jahan: Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
    Danial:Terima kasih, Encik Shah Jahan kerana telah memberi tahu lebih lanjut tentang Sekolah Kluster.
    Jahan:Sama-sama Danial.

    ReplyDelete
  4. Veenessh

    Danial: Assalammualaikum Encik Shah Jahan.

    Shah Jahan: Waalaikummussalam Danial.

    Danial: Tahniah En.Jahan kerana sekolah kita telah terpilih sebagai sebuah Sekolah Kluster.

    Jahan: Terima kasih Danial.

    Danial:Apakah pelaksanaan Sekolah Kluster?

    Jahan: Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin.
    Danial:Siapakah akan membantu memastikan pelaksanaan Sekolah Kluster dapat berjalan dengan jayanya?
    Jahan: Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.
    Danial:Apakah tujuan Sekolah Kluster dalam Sistem pendidikan Malaysia
    Jahan: Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.
    Danial:Akhirnya, berikan satu definisi untuk Sekolah Kluster.
    Jahan: Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
    Danial:Terima kasih, Encik Shah Jahan kerana telah memberi tahu lebih lanjut tentang Sekolah Kluster.
    Jahan:Sama-sama Danial.

    ReplyDelete
  5. NAMA:NINA DAN AYU. 2KRK1

    Saya wartawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir telah berpeluang untuk mewawancara pengetua sekolah ini kerana sekolah beliau telah terpilih untuk menjadi sebuah Sekolah Kluster.Ikuti wawancara kami dibawah.

    Wartawan : Salam sejahtera Tuan. Terima kasih kerana Tuan sudi untuk ditemubual
    pada hari ini.
    Tuan Sarawi : Salam sejahtera. Terima kasih kembali.

    Wartawan : Tahniah Tuan kerana sekolah Tuan telah terpilih untuk menjadi sebuah
    Sekolah Kluster. Bolehkah Tuan menceritakan sedikit bagaimanakah
    Sekolah ini boleh terpilih dan apa itu Sekolah Kluster?
    Tuan Sarawi : Terima kasih. Sekolah ini terpilih untuk menjadi sebuah Sekolah Kluster
    kerana sekolah ini menjadi cemerlang dalam segi akedemi dan
    kokurikulum.Sekolah Kluster bermaksud sekolah yang mempunyai ciri-
    ciri yang boleh dicontohi oleh sekolah lain.

    Wartawan : Apakah tujuan sekolah kluster ini diwujudkan?
    Tuan Sarawi : Tujuannya sekolah ini diwujudkan adalah untuk melonjakkan
    Kecemerlangan sekolah dalam system pendidikan Malaysia

    .
    Wartawan : Siapakah yang akan meminpin sekolah kluster ini dan apakah ciri-ciri
    seorang pemimpin untuk sekolah ini?
    Tuan Sarawi : Yang akan memimpin sekolah ini tentunya pengetua atau guru besar
    dan ciri-ciri seorang pemimpin ialah beliau mestilah pemimpin yang
    terpilih dan untuk memenuhi syarat-syarat seorang pemimpin dan
    juga seorang yang cemerlang.


    Wartawn : Bagaimanakah ciri-ciri guru sekolah kluster?
    Tuan Sarawi : Ciri-ciri guru sekolah kluster ialah guru itu mestilah seorang yang
    berkriteria,prestasi mereka haruslah bagus kerana ianya akan
    menentukan sama ada mereka akan kekal mengajar disekolah
    itu ataupun tidak dan mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan
    pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara
    sambilan ataupun kontrak.

    Wartawan : Bagaimankah pemilihan pelajar buat sekolah kluster?
    Tuan Sarawi : Pemilihan pelajar buat sekolah kluster ini bergantung pada ujian
    saringan antara sekolah-sekolah yang terpilih.

    Wartawan : Apakah nasihat Tuan kepada sekolah-sekolah lain yang terpilih
    sebagai sekolah kluster?
    Tuan Sarawi : Nasihat saya adalah teruskan apa yang terbaik untuk sekolah anda dan
    jangan mudah berputu asa.

    Wartawan : Terima kasih Tuan kerana sudi meluangkan masa Tuan dengan saya
    untuk berwawancara. Saya doakan agar sekolah ini menjadi sekolah
    yang terbaik dan cemerlang.
    Tuan Sarawi : Terima kasih kembali.

    ReplyDelete
  6. Sekolah saya telah dipilih sebagai Sekolah Kluster oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk mendapatkan infomasi dengan lebih lanjut, saya selaku wartawan sekolah akan mewawancara Pengetua sekolah iaitu Puan Intan Bt. Hasan.

    Wartawan: Selamat pagi, puan. Apa khabar?

    Pengetua: Selamat pagi. Khabar baik.

    Wartawan:Terlebih dahulu saya ucapkan terima
    kasih kepada puan kerana sudi
    meluangkan masa untuk diwawancara.
    Pertamanya, apakah tujuan sekolah
    skuster diwujudkan ?

    Pengetua: Sama-sama. Baiklah, tujuan Sekolah
    Kluster diwujudkan bagi melonjakkan
    kecemerlangan sekolah dalam sistem
    pendidikan Malaysia.

    Wartawan: Oh,begitu rupanya. Kemudian, apakah
    pendapat puan tehadap kewujudan
    Sekolah Kluster?

    Pengetua: Saya berpendapat, kewujudan sekolah
    kluster akan memberi ruang kepada
    guru untuk melepaskan diri daripada
    kongkongan kementerian pelajaran.
    Kewujudan sekolah kluster juga boleh
    mengurangkan karenah-karenah
    birokrasi dan mempercepatkan
    perlaksanaan keputusan penting
    dilaksanakan di peringkat sekolah.
    Ini adalah sangat bagus.

    Wartawan : Selain itu , apakah keperluan yang
    diperlukan untuk Sekolah Kluster ?

    Pengetua: Keperluan itu ialah, pengurusan
    sekolah mesti mempunyai strategi
    memperkasa kapasiti dan
    kepemimpinannya, sekolah perlu
    mempunyai maklumat mengenai
    prestasinya untuk mengukur
    kekuatan,sekolah memerlukan struktur
    terurus dan profesional, Kerajaan
    Pusat perlu terus memainkan peranan
    kritikal terutama dari segi
    pemantauan prestasi sekolah, sekolah
    perlu mengawal sumber dan pengurusan
    mesti telus.

    Wartawan : Selain itu , apakah kebaikan Sekolah
    Kluster ini ?

    Pengetua : Sekolah Kluster menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar. Seperti penggunaan komputer, guru-guru yang cemerlang, asrama bagi pelajar yang tinggal berjauhan dengan sekolah.

    Wartawan : Bagaimanakah ciri-ciri pelajar yang terpilih untuk memasuki sekolah ini ?

    Pengetua : Pelajar tersebut haruslah cemerlang dalam segi akademik, kokurikulum dan sahsiah.

    Wartawan : Baiklah, sampai di sini sahajalah wawancara kita pada kali ini. Terima kasih atas kerjasama puan.

    Pengetua : Sama-sama.

    (Syahira dan Aisyah ) 2krk1

    ReplyDelete